Kelemumur merupakan masalah kulit kepala yang sering dihadapi tidak kira lelaki mahupun perempuan. Masalah kelemumur ini menjejaskan sebanyak separuh daripada orang dewasa. Walau bagaimanapun, golongan lelaki lebih ramai terjejas akibat masalah ini berbanding golongan wanita. Kelemumur biasanya muncul setelah akil baligh sehingga tempoh usia mencecah 50 tahun, di mana kadar berlakunya keadaan ini akan berkurangan selepas umur tersebut. Kulit kepala yang gatal dan mudah menggelupas membuatkan anda merasa tidak selesa. Justeru, ia boleh menyebabkan masalah sosial serta keyakinan diri.
Kulit kepala menjadi gatal akibat daripada iritasi pada kulit kepala dan masalah kulit kepala berminyak. Keadaan ini terkait dengan masalah dermatitis seborrheic yang mana ia lebih teruk berbanding kelemumur biasa. Pemilihan syampoo juga penting kerana jika tidak menggunakan syampo rambut dengan baik, akan mengakibatkan sel kulit kepala yang mati terkumpul dan menyebabkan kegatalan. Pengambilan produk pembersih yang kurang sesuai dengan kulit kepala membawa kepada kegatalan dan kemerahan. Kelemumur turut berpunca kerana terdapat yis yang dikenali sebagai malassezia yang menyebabkan kulit kepala anda keras & berkuping serta menyebabkan kulit kepala anda tumbuh berganda.
Mungkin sudah banyak produk di pasaran telah dicuba untuk menghilangkan masalah kelemumur. Namun tahukah anda ada kaedah yang lebih alami serta menjimatkan untuk dicuba. Bahan yang dicadangkan mampu membantu masalah kelemumur serta mudah didapatkan.
#1- Minyak kelapa
Minyak kelapa mempunyai ciri-ciri anti-kulat, serta membantu menghapuskan apa sahaja reaksi kulat yang terdapat pada kulit kepala anda. Ia juga turut memberi kelembapan terhadap kulit kepala. Sapu 3 hingga 5 sudu makan minyak kelapa pada kulit kepala anda sebelum mencuci dengan syampu dan tunggu lebih kurang 1 jam. Kemudian syampu dan bilas sehingga bersih. Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan syampu yang mempunyai kandungan minyak kelapa.

#2- Cuka Epal Cider
Cuka epal cider adalah baik untuk kulit kepala. Ini kerana keasidannya bertindak sebagai pencegahan yis. Campurkan satu perempat daripada cuka epal cider dengan satu perempat air kemudian spray pada kulit kepala anda. Tutup kepala dengan tuala selama 15 minit kemudian basuh seperti biasa. Proses ini perlu diulang dua kali seminggu.

#3- Baking soda
Baking soda boleh membantu merawat kelemumur dengan mengurangkan masa tindak balas kulat yang menyebabkan kelemumur. Basahkan rambut anda kemudian sapukan soda pada kulit kepala anda untuk beberapa minit. Kemudian basuh.

#4- Aloe vera
Aloe vera dapat melegakan rasa gatal kulit kepala akibat kelemumur. Urut kepala anda dengan aloe vera sebelum mencuci.

#5- Bawang putih
Bawang putih bertindak sebagai pemusnah bakteria. Hancurkan bawang putih dan sapukan ke kulit kepala anda. Anda mungkin mahu mencampurkannya dengan madu untuk mengelakkan baunya. Kemudian cuci rambut sehingga bersih.

#6- Minyak zaitun
Minyak zaitun mempunyai banyak faedah dan merawat kelemumur adalah salah satu daripadanya. Titikkan dalam anggaran 10 titik minyak zaitun pada kulit kepala anda dan tutup kepala anda dengan topi mandi seketika. Basuh rambut pada keesokan harinya. Sebagai alternatif, anda boleh mencuba syampu yang turut mempunyai kandungan minyak zaitun didalamnya.

#7- Minyak pokok teh
Beberapa titik minyak pokok teh boleh mengurangkan kelemumur jika digunakan dengan syampu. Campurkan minyak pokok teh ke dalam syampu anda dan lihat sendiri hasilnya.

#8- Lemon
Seperti cuka epal cider, lemon turut mengandungi keasidan yang membantu mengimbangi pH pada kulit kepala anda. Gunakan dengan mengurut 2 sudu besar jus lemon pada kulit kepala anda kemudian basuh dengan air. Kemudian, letakkan 1 sudu teh jus lemon dalam air dan basuh kulit kepala dengan campuran air tersebut. Amalkan setiap hari sehingga keadaan kulit kepala anda bertambah baik.

#9- Aspirin
Percaya atau tidak, aspirin dengan asid salisilik di dalamnya boleh merawat kelemumur. Hancurkan 2 pil aspirin dan campurkan dengan syampu anda. Biarkan selama beberapa minit, kemudian basuh sekali lagi dengan syampu biasa.

#10- Halba
Herba ini digunakan untuk mengawal kelemumur kerana sifat anti kulat dan dapat melegakan kulit kepala. Caranya, rendam 2 atau 3 sudu besar halba dalam air semalaman, kemudian kisar pada hari berikutnya. Sapukan pada kepala anda dan biarkan beberapa jam. Kemudian basuh dan syampu rambut anda seperti biasa. Ulangi proses ini dua kali seminggu.
Mempunyai keruping putih yang jatuh ke bahu boleh menyebabkan orang lain tidak selesa dengan anda. Situasi ini juga mungkin menyebabkan tekanan dan memalukan. Namun begitu, dengan sedikit kesabaran dan konsisten, masalah ini dapat ditangani.
Membuat pemilihan syampu yang betul juga dapat mengurangkan masalah kelemumur. Jikalau tuan puan ingin mencuba produk Shampoo dari Asmak yang boleh mengurangkan kelemumur, boleh terus klik di sini.
Rujukan :



