0

Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius.

Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua di antara kita pernah mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia boleh menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita.

sakit kepala

Sumber: Unsplash

1. Kurangkan Tekanan Di Kepala & Dahi

Kadang kala sakit kepala adalah disebabkan tekanan fizikal ke kepala. Mungkin anda boleh longgarkan sedikit ikatan rambut sekiranya terlalu ketat. Pemakaian topi, headband dan goggles juga boleh mengundang sakit kepala.

 

2. Malapkan Lampu

sakit kepala

Lampu atau cahaya yang terlalu terang atau berkelip boleh mengundang sakit kepala atau migrain. Asingkan diri anda buat sementara waktu daripada situasi tersebut sekiranya anda berada dalam keadaan tersebut pada jangka masa yang panjang seperti skrin komputer di tempat kerja anda. Pakai cermin mata hitam ketika keluar ke tempat yang panas terik. Anda juga boleh memasang skrin gelap ke skrin komputer anda.

 

3. Cuba Untuk Tidak Mengunyah

Perlakuan mengunyah yang berterusan seperti mengunyah gula-gula getah, menggigit kuku dan bibir boleh mengundang sakit kepala. Kurangkan makanan yang terlalu rangup dan melekit atau ambil suapan yang kecil.

 

4. Minum Minuman Berkaffein

Sakit Kepala

Minum minuman yang berkaffein seperti teh dan kopi. Tetapi jangan terlalu banyak kerana kaffein yang berlebihan dalam badan juga akan menyebabkan sakit kepala juga.

 

5. Cuba Aktiviti Yang Menenangkan

 

Lakukan aktiviti-aktiviti yang mengundang ketenangan jiwa, seperti regangan badan, yoga dan juga latihan pernafasan secara aktif.

 

6. Minum Air Mengandungi Halia

Sakit Kepala

Kajian menunjukkan dengan pengambilan halia dalam diet dapat mengurangkan migrain dan sakit kepala. Anda boleh campur sedikit halia dalam minuman anda atau beli tablet halia daripada farmasi.

 

7. Guna Limau Kasturi

Sakit Kepala

Cara ini adalah petua orang lama. Perah limau kasturi atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Sambil ramas rambut, picit bahagian kepala yang rasa sakit. Kulit limau jangan dibuang. Masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih. Selepas siap  ramas dan picit kepala, jiruskan air yang mengandungi kulit limau atas kepala dan badan.

 

8. Urut Dengan Minyak Panas

Antara cara untuk hilangkan sakit kepala yang terbukti berkesan dengan mengambil minyak panas dan dilumurkan di bahagian kepala, tengkuk dan di belakang telinga.
Setelah menyapu minyak tersebut, ia diikuti dengan urutan ringan di bahagian tersebut. Hanya selepas beberapa minit, kombinasi minyak panas dan urutan dapat menghilangkan sakit kepala tadi.
Cara hilangkan sakit kepala ini sesuai untuk orang yang biasa dengan minyak panas. Anda juga boleh menggunakan minyak herba asmak untuk mengurut.

 

9. Guna Pek Ais

Sakit Kepala

Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Ini akan buat kita rasa kebas atau “numb”. Jika tiada pek ais, balutkan sahaja ais yang dibeli di pasar raya dengan tuala kecil. Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit.

 

10. Gunakan Pek Panas Pula

Sakit Kepala

Sekiranya anda mengalami sakit kepala kerana stress, anda boleh cuba menggunakan pek panas atau suam ke leher atau belakang kepala anda. Sekiranya anda mengalami sakit kepala disebabkan sinus pula, anda boleh letakkan tuala hangat ke tempat yang sakit. Anda boleh rendamkan tuala ke air yang panas atau suam.

 

11. Jauhi MSG

Pernah dengar atau tidak dialog ini, “Aku rasa, aku sakit kepala ni sebab kedai makan tadi tu letak banyak sangat Ajinomoto”.
Monosodium glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. Ia berasal dari asid amino, dipanggil asid glutamik, yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan. Ramai orang yang mengalami sakit kepala mendapati makanan yang mengandungi MSG mencetuskan migrain atau lain-lain jenis sakit kepala, mungkin disebabkan oleh hakikat ia merangsang neuron.
Kami tidak kata Ajinomoto itu tidak bagus. Cuma, kurang-kurangkan pengambilan jika masak di rumah. Lebih baik jika hindari sepenuhnya.

 

12. Rehatkan Diri

Sakit Kepala

Apabila sakit kepala menyerang dan anda berada di tempat yang sesuai untuk berehat seperti di rumah, apa kata anda baring seketika di tempat yang gelap dan bebas daripada sebarang bunyi yang bising. Walaupun anda hanya dapat rehat selama 30 minit sekalipun, ia sedikit sebanyak dapat melegakan sakit kepala tersebut.
Cara hilangkan sakit kepala ini nampak mudah, tetapi sukar untuk berehat jika berada di pejabat.

 

13. Guna Epal Dan Cuka Epal Cider

Kedua-dua epal dan cuka epal boleh digunakan untuk melawan sakit kepala. Dikatakan, bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala. Bukan itu sahaja, cukai epal juga boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali dalam badan. Bila bangun pagi dan rasa sakit kepala, makan sepotong epal yang ditaburkan garam. Minum air masak. Alternatif lain, letakkan 3 hingga 4 sudu cuka epal dalam air suam.
Basahkan tuala dengan air suam bercampur cuka epal tadi dan letakkan di kepala yang terasa sakit.

 

14. Minum Air Elektrolit

Tidak kurang juga ada orang melaporkan sakit kepala boleh dikurangkan dengan meminum air elektrolit, seperti 100 Plus dan Revive. Ia dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan, dan merupakan salah satu cara untuk hilangkan sakit kepala.
Memandangkan air tersebut mengandungi gula dan kandungan tenaga yang agak tinggi, elakkan dari mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Cukuplah sekadar dapat mengatasi sakit kepala tadi dan bukan jadikannya minuman harian.

 

15. Letak Kain Basah Di Dahi

Anda juga boleh meletakkan kain basah yang sejuk di atas dahi anda sambil baring. Seperti cara gunakan pek ais, cara hilangkan sakit kepala ini dapat mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pengaliran darah ke kepala supaya ia tidak berasa terlalu tertekan. Sambil baring, anda boleh cuba untuk bertenang dan berehat selama beberapa minit sehingga anda berasa lega.

 

16. Rendam Kaki Dalam Bekas Air Panas

Lagi satu cara hilangkan sakit kepala dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas air panas. Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda. Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat rasakan kelegaan dari sakit kepala. Cara hilangkan sakit kepala dengan cara rendam kaki ini sesuai dilakukan di rumah.

 

17. Rawatan Akupuntur

Sakit Kepala

Bagi mereka yang sering sakit kepala secara berulang-ulang, anda boleh mendapatkan rawatan akupuntur sebagai cara untuk hilangkan sakit kepala. Mengikut fahaman akupuntur, jarum kecil yang dimasukkan di bawah permukaan kulit dapat menyelaraskan kembali aliran tenaga atau “qi” di dalam badan.
Ia juga dapat mencegah sakit kepala daripada berlaku serta merupakan rawatan yang mempunyai kesan sampingan yang sedikit. Cara hilangkan sakit kepala guna teknik akupuntur sangat berkesan.

 

Sekiranya anda ingin mencari produk yang membantu melegakan sakit kepala, klik di sini.

Sumber :

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply