Anak yang sedang meneroka dunia mereka adalah anak yang sangat sihat dan cergas. Oleh itu, mereka akan selalu mengalami luka akibat jatuh. Kebanyakkan ibu bapa menggunakan cara yang salah semasa merawat anak yang mengalami luka.
Credit: Alodokter
Tahukah anda, menutup terus luka dengan menggunakan plaster tanpa membersihkannya adalah perkara yang salah ? Ibu bapa sepatutnya membersihkan luka tersebut terlebih dahulu untuk mengurangi risiko dan mempercepatkan penyembuhannya.
Credit: Lyreco
Selain itu, ibu bapa juga boleh menggunakan kaedah rawatan pertolongan cemas untuk luka sembuh dengan lebih cepat dan tidak dijangkiti sabarang kuman walaupun tubuh kita boleh sembuh dengan segera.
Oleh itu, penyediaan satu peti pertolongan cemas di rumah (Aid Kit) adalah sangat penting sebagai persediaan dari segi apa pun dugaan yang bakal mendatang.
5 Cara Merawat Luka Yang Perlu Ibu Bapa tahu
1) Cuci tangan anda dengan bersih
Pastikan cuci tangan terlebih dahulu sebelum membersihkan tempat luka dengan menggunakan sabun dan air yang mengalir. Selain itu, anda juga boleh menggunakan ‘hand sanitizer’ pada kedua tangan dan lap sehingga kering. Selepas itu, gunakan sarung tangan yang masih belum dipakai bagi mengelakkan terkena jangkitan kuman.
2) Tekan kawasan kulit yang terkena luka
Seterusnya, tekan secara perlahan-lahan kawasan yang terkena luka dengan menggunakan kain yang bersih sehingga perdarahan berhenti. Tidak perlu ditekan sekiranya anak anda mengalami luka atau goresan yang kecil. Perlu diingatkan bahawa langkah ini hanya boleh digunakan untuk luka yang mengeluarkan darah yang banyak sahaja. Sekiranya, luka itu terlampau serius anda perlu bawa anak ke klinik untuk mendapatkan khidmat daripada doktor atau pakar.
3) Bersihkan luka dengan menggunakan air yang bersih
Bersihkan luka dengan menggunakan air yang mengalir selama 5-10 minit. Langkah ini penting bagi menghilangkan kotoran yang melekat pada bahagian luka tersebut. Kemudian bersihkan dengan sabun yang lembut untuk membersihkan kawasan yang luka. Hindari sabun tersebut daripada terkena pada tempat yang terluka kerana boleh menyebabkan iritasi pada kulit.
4) Sapukan krim atau antibiotik
Sebaik selesai membersihkan tempat luka, sapukan kawasan tersebut dengan menggunakan krim atau antibiotik. Pastikan anda tidak menggunakan kapas yang telah digunakan untuk sapukan krim pada tempat luka. Hal ini, boleh menyebabkan jangkitan kuman berlaku. Untuk pengetahuan, jenis antibiotik ini berfungsi untuk menjaga kulit agar ia tetap lembab dan mencegah luka tersebut daripada menjadi parut.
5) Balut luka dengan kain kasa
Sebetulnya, tidak semua jenis luka harus dibalut dengan kain kasa. Jika lukanya hanya sedikit dan tidak dalam, cukuplah dengan membersihkan luka tersebut tanpa harus menutupnya. Tetapi, sekiranya luka itu besar dan boleh menyebabkan jangkitan kuman berlaku, ianya perlu ditutup. Namun begitu, kain kasa perlu segera ditukar apabila kotor dan basah saat terkena air.
Akhir sekali, jika luka tidak berhenti berdarah atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan seperti kemerah-merahan atau bengkak, sila dapatkan nasihat daripada pakar perubatan dengan segera.
Jika anda mengalami masalah luka seperti diatas dan ingin mencuba produk Minyak Herba Asmak, tekan link disini.
Kredit: