Skip to main content
search
0
Aktiviti Syarikat

Asmak,FELDA dan Transformasi Bilut 2.0

By December 30, 2017May 10th, 2019No Comments

ASMAK,FELDA DAN TRANSFORMASI BILUT 2.0

Ok,baru boleh update cerita hari Jumaat baru ni.Saya tak biasa jumpa dengan orang besar ni kalau untuk urusan rasmi.Tuan Pengurus Felda kami En Khairul Nizam la yang banyak sangat membantu,dan guide kami.Pengurus Felda yang pertama kali saya jumpa mesra usahawan dan sangat disenangi orang kampung.

Alhamdulillah,pertemuan kami berjalan lancar.Program serampang dua mata – pertemuan dengan usahawan dari Bilut dan perbincangan usahasama usahawan dan Felda berkenaan Transformasi Bilut 2.0 untuk memajukan kampung kami jadi hub pelancongan dan kampung yang berjaya dalam bidang perniagaan berasaskan online (dunia maya).Ia akan menjadi macam bandar kecil dan tumpuan orang ramai dengan perubahan yang akan dibuat.Tak nak cerita,kita tunggu dan lihat.Sini juga akan ada tempat macam resort yang mesra alam serta kiosk dan aktiviti yang sesuai untuk mereka yang nak bercuti.

Saya berbesar hati Dato Amir Hamdan Haji Yusof ( Pengarah Pembangunan usahawan Felda ) dan wakil khas Tan Sri Shahrir Samad sudi mendengar dan berjumpa dengan kami.Nama Asmak asyik disebut je,alhamdulillah.Satu petanda yang bagus produk mula dikenali sebelum tuannya ?.
Apa yang Dato sampaikan dan apa plan kami lepas ni biarlah rahsia.Apa jua yang kami buat,kepentingan pengedar kami tetap diutamakan.Kebajikan mereka tanggungjawab kami,insyaAllah.

Jom tengok sikit gambar.Saya tak dapat nak tunggu sampai petang sebab ada urusan lain,jadi Dato kata nak singgah pejabat kami lain kali.Lepas ni memang kami akan kerap berjumpa insyaallah.Seronok dengar perkongsian dengan usahawan Bilut yang lain terutamanya En Mazlan,owner Lemang Tokki yang femes tu.

Doakan perancangan ini berjaya ye.Tq ?

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu