Skip to main content
search
0
Berita Terkini

Bagaimana Dengan Berazam Boleh Menjadikan Anda Lebih Berjaya

By January 4, 2019May 10th, 2019No Comments

Saya tahu,ada orang yang skeptikal dengan azam,dan sambutan tahun baru.Hari ini saya nak pecahkan rahsia saya selama ni (banyak betul rahsianya ye).

Bukanlah rahsia sangat,tapi sekadar perkongsian sebab selama ni saya tak sempat nak menulis lebih terperinci tentang azam.

Dari kecil kita sudah biasa dengan sambutan baru.Siapa orang lama pasti tahu bukan sambutan tahun baru sebelum ini amatlah dasyat.Dengan konsertnya,dengan ambang bagai,pesta dan macam-macam.Saluran televisyen pun tak kurang pasang cerita hebat-hebat.

Apabila fahaman agama semakin disebarkan,kesedaran semakin meningkat.Kita cuba untuk memeriahkan tahun baru Hijrah kita,berbanding Masihi.

Tapi kita masih belum dapat mengubah sepenuhnya diri kita yang dah terbiasa menyambut tahun baru Masihi?

Salah ke?

Tak salah pun.

Apa yang saya buat ialah :

1. Setiap kali sebelum tahun baru ,saya akan tulis azam yang saya nak capai.Bagusnya azam ni sebenarnya sebab ia ke arah menjadikan kita orang baru,dan ke arah yang lebih baik

2. Kemudian saya akan “recheck” azam saya setiap minggu dan bulan,walaupun kadangkala terlupa atau tak sempat,tapi tetap cuba minggu,bulan berikutnya.

3. Apabila tiba bulan Ramadhan,sebelum itu saya akan tambah azam-azam baru pula atau tanamkan untuk azam yang belum tercapai-mesti capai pada bulan Ramadhan.Sebab apa?Bulan Ramadhan ni hati kita lebih lembut dan mudah lentur.Dan sesuatu amalan itu,jika dilakukan berterusan selama 21 hari,akan menjadi habit.
Sebab itu saya suka berazam kembali semasa Ramadhan.

4. Apabila tahun baru Hijrah tiba,saya akan “recheck” kembali dan “revise” azam sebelum ini dan tambah azam baru.

5.Jadi apabila tiba tahun Masihi,saya sebenarnya dah ada azam,cuma saya “recheck and Revise” sahaja.

Inilah yang saya amalkan selama ini.

Azam yang bagus ialah azam yang dibuat setiap hari sebab kita akan lebih lupa jika azam itu untuk setahun terus.Tapi untuk ada azam harian,perlu ada azam tahunan,dan pecahkan mengikut bulan dan minggu.

Dengan ini,azam mampu menjadikan hidup anda lebih baik.Ia mampu mendorong anda untuk terus bersemangat dalam membuat transformasi dan anjakan paradigma.

Azam juga boleh dibahagikan kepada :

1. Azam peribadi (jasmani,emosi,rohani,intelek,spiritual- JERIS)
2. Azam kerjaya/bisnes
3.Azam hubungan dengan Allah,manusia dan alam

Semoga bermanfaat

Nor Fazilah Abd Mohd @Nfam ,
Sentiasa berazam untuk memperbaiki diri demi kebahagiaan dunia dan akhirat.Tanpa azam terasa lemau.

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu