Kalaulah anugerah ni diadakan di madrasah anak saya,agaknya inilah anugerah yang kami dapat.
Apa taknya,asyik muka kami je saban minggu duk melawat anak.?
Sampai masa outing,rajinlah bawa outing.Pantang anak tak berapa sihat,bawa balik. Kalau nampak cepat baik biasa taklah bawak balik terus. Risau melarat dan menyusahkan pihak tahfiz.
Pernah kadang seminggu dua kali melawat.Tapi seminggu sekali memang wajiblah.
Kadang ada tanya dekat anak,sebab segan asyik muka kami je muncul di sana.Memang mereka kata ada pelajar yang berbulan tak balik,tak ada siapa yang datang dan selalu tak cukup duit.Ada yang dari keluarga yang memang susah.
Sebenarnya apa yang saya nak ceritakan sebenarnya?
Di saat orang selalu fikir wang membawa kepada perkara negatif,sebenarnya banyak je benda-benda positif yang kita boleh dapat.
Dulu semasa masih bekerja,sebelum ada anak dah niat nanti nak hantar mereka ke tahfiz.
Gaji dulu-dulu cukup makan je.
Tapi tetaplah berdoa semoga dapat hantar anak juga ke sekolah tahfiz walaupun tahu melibatkan kos.
Tiba masa,semasa anak masih kecil, dah dapat peluang buat bisnes sampingan yang pendapatannya jauh lebih besar dari gaji.
Konsisten bertahun macam tu.Tapi biasalah,ada masa pasang ada masa surut.
Lumrah,mana ada bisnes terjamin untung sentiasa.
Tapi bila dikira secara purata,masih untung.
Jadi,dapatlah saya mencapai impian untuk menghantar anak ke tahfiz.Ingat lagi dulu-dulu sibuk tak sempat meluangkan masa pula dengan mereka.
Masa berjalan,bisnes berkembang dan Alhamdulillah masa semakin fleksible.Duit ada,masa pun ada.Bersyukur sangat.
Percayalah,wang juga boleh membawa kepada perkara-perkara yang positif jika kita mempunyai jati diri yang kuat.
Berhentilah berfikir yang buruk sahaja tentang duit.
Saya tak tahulah mesej sampai ke tak ni.
Ambil yang baik,yang tak abaikan ye.
Salam Jumaat