0

Batuk merupakan gejala yang boleh dialami oleh semua orang. Sebenarnya, batuk terjadi apabila paru-paru atau saluran pernafasan ingin mengeluarkan bahan asing atau sesuatu yang telah mengganggu ruang pernafasan. Ianya termasuklah apabila ada bahan asing yang termasuk di dalam saluran tersebut ataupun terdapat jangkitan yang menyebabkan paru-paru ingin batuk untuk mengeluarkan organisma atau patogen yang telah melekat pada saluran pernafasan. Batuk juga boleh terjadi apabila terdapat keradangan yang berlaku pada saluran pernafasan. Keradangan boleh menyebabkan kahak atau bendalir untuk dirembes pada saluran pernafasan dan hal ini menyebabkan paru-paru untuk cuba mengeluarkannya dengan melalui batuk. Antara sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan batuk ialah merokok, penyakit asma, ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi dan jangkitan kuman bakteria ataupun virus.

Anda boleh merawat batuk yang terjadi akibat alahan dan selesema dengan mendapatkan ubat yang bersesuaian di farmasi atau klinik berdekatan. Keadaan menjadi tidak seronok dan selesa apabila kita mengalami batuk yang berterusan, ini boleh menyebabkan gangguan kepada orang sekeliling dan membuat diri kita menjadi tidak selesa.

Ramai yang bergantung pada ubat semata-mata, cuba sesekali kita mengamalkan cara tradisional. Ini antara cara tradisional yang boleh amalkan,

1. Madu

Madu merupakan bahan yang sangat popular untuk membantu dalam melegakan pelbagai gejala atau masalah kesihatan. Ianya merupakan bahan yang telah lama digunakan untuk melegakan batuk. Jika dilihat di farmasi atau di kedai-kedai yang menjual ubat-ubatan, kita akan selalu lihat ubat batuk yang dijual mempunyai kandungan madu di dalamnya. Ia juga merupakan petua hilangkan sakit tekak dan petua hilangkan batuk  yang telah digunakan turun temurun lamanya. Madu boleh melegakan batuk lebih berkesan berbanding ubat batuk yang mengandungi dextromethorphan (DM) iaitu penahan batuk. Boleh juga amalkan Madu Asli untuk melegakan sakit tekak.

2. Halia

Penggunaan halia amat popular dalam rawatan dan ubat-ubatan terutamanya perubatan tradisional. Halia dipercayai mempunyai khasiat membasmi kuman dan membuang angin yang berada di dalam badan. Halia juga membantu untuk membuang kahak yang berada dalam badan dan juga dapat mengurangkan pedih pada tekak. Campuran pudina segar bersama halia dapat bantu menghilangkan gatal pada kerongkong yang menyebabkan terjadinya batuk. Sebaiknya amalkan halia yang di rendam bersama beberapa helai daun pudina di dalam gelas panas dan dicampurkan sedikit madu. Boleh juga amalkan Madu Halia Bentong untuk melegakan sakit tekak yang berpanjangan.

3. Air Garam

Petua ini membantu melegakan keradangan tekak yang menyebabkan batuk yang berpanjangan dan membantu mengeluarkan kahak di tekak. Hanya perlu mengambil segelas air suam dan sesudu garam, kacau sehingga sebati. Kumur air garam selama 15 saat sebanyak 3 kali sehari.

Petua ini dilakukan secara beransur-ansur sehingga batuk tersebut beransur pulih. Cara ini kebiasaannya dapat melegakan batuk dengan cepat . Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak sesuai untuk menggunakan kaedah berkumur ini kerana bimbang mereka tertelan air garam dalam jumlah yang banyak.

4. Asam Jawa

Asam jawa memang terkenal dalam campuran masakan melayu, tetapi ia juga mengandungi khasiat yang boleh membuatkan terasa berasa lega. Campurkan dua sudu asam jawa ke dalam gelas air suam, kacau sehingga ia menjadi sebati dan kemudian tapis air asam jawa tersebut untuk membuang biji dan seratnya. Minuman air asam jawa ini bukan sahaja melegakan tekak malahan dapat menyejukkan tubuh badan.

5. Aiskrim Vanilla

Ramai yang tidak tahu aiskrim vanilla juga dapat mengurangkan keradangan dan melegakan batuk yang berpanjangan. Aiskrim sifatnya sejuk dan nyaman apabila di makan, jika kurang selera makan akibat batuk dan sakit tekak anda boleh mengamalkan makan aiskrim kerana ia mampu memberi tenaga tambahan kepada diri anda. Tetapi jika dah semakin pulih jangan sesekali mengambil minuman berais kerana batuk bukannya pulih sepenuhnya bahkan akan membuat batuk yang semakin teruk.

6. Bawang Putih

Kalau nak menumis sesuatu masakan mesti kena ada bawang putih yang akan menaikkan aroma masakan. Bawang putih juga merupakan salah satu petua tradisional untuk melegakan masalah batuk. Hanya perlukan satu labu bawang putih bersama kulitnya kemudian bakar di atas dapur gas selama 15 minit. Pastikan bawang putih tidak terbakar sehingga menjadi hangit dan rentung, dan makan begitu saja. Jika tidak selera makan begitu sahaja anda juga boleh menumbuk bawang tersebut dan gaul dengan minyak zaitun. Sapukan pada bahagian leher sekerap yang mungkin.

7. Air Putih

Air merupakan sumber kehidupan yang sangat penting untuk kehidupan. Kekurangan cecair dalam badan boleh menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan iaitu tekak menjadi kering dan tidak selesa. Air putih ialah salah satu ubat yang tersangat murah dan tersangat penting untuk memulihkan sakit tekak. Air putih akan membantu anda untuk mencairkan kahak dalam tekak serta membuat dinding saluran tekak sentiasa lembap. Pastikan minum air putih dengan banyak kerana ini antara tip dan petua yang berkesan, selebihnya anda perlu mendapat nasihat dari doktor sekiranya sakit tekak berpanjangan. InsyaAllah setiap penyakit pasti ada ubat dan penawarnya.

8. Menjaga Kebersihan

Persekitaran yang tidak bersih juga boleh menyebabkan salah satu faktor mengapa anda mengalami batuk dan selesema kerana bagi sesetengah orang ada alahan pada habuk. Jika selalu bersin dan batuk di kawasan yang anda berada keraplah membersihkan persekitaran Kawasan anda berada. Walau apa ubat tradisional yang anda amalkan tetapi persekitaran dan pemakanan anda kotor, anda tetap boleh kembali batuk selepas pulih.

 

Namun sekiranya batuk tidak berkesan dalam masa 3 hari, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Anda juga boleh menggunakan Minyak Herba Asmak bagi membantu melegakan batuk berkahak anda. Tip-tip yang dikongsi ini berkemungkinan dapat melegakan batuk yang berpanjangan sekiranya diamalkan dengan cara yang betul. Selamat mencuba.

 

Sekiranya anda ingin mencari produk yang sesuai untuk membantu melegakan batuk berkahak, klik di sini.

 

Sumber :

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply