0

Sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat ini menghidapi penyakit buasir. Penyakit yang menyebabkan kesukaran dan tidak keselesaan ketika membuang air besar ini sebenarnya harus diberi penekanan yang serius.

Rawatan yang berterusan beserta cara yang betul bakal memudahkan seseorang mengurangkan masalah melibatkan penyakit buasir. Sebelum kami mengulas lebih lanjut, kami ingin kongsikan kepada anda punca-punca boleh berlakunya buasir.

Orang tua tua dahulu mengatakan “Sakit berpunca, mati bersebab”. Jadi apakah sebenarnya punca bagi penyakit buasir ini.

Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang mengalami buasir. Antara punca utama bagi sebahagian besar di kalangan kita adalah disebabkan penambahan berat badan atau obesiti.

Umum tahu, obesiti bukan sahaja membuatkan keadaan fizikal tampil lebih besar namun turut memberi impak kepada masalah kesihatan dimana buasir merupakan salah satu daripadanya.

Selain itu, seseorang lebih cenderung untuk mengalami penyakit buasir sekiranya keturunannya mengalami penyakit yang sama. Buat sesetengah individu, mereka mengalami masalah untuk berdiri atau duduk terlalu lama yang sekaligus membuatkan mereka mengalami penyakit yang sama.

Buat pesakit yang sering sembelit dan cirit-birit yang berlarutan, mereka turut cenderung kepada masalah buasir. Jika anda mengalami sembelit atau cirit birit yang sebegitu rupa, silakan berjumpa doktor dengan kadar segera.

Tidak cukup dengan itu, buasir ini mempunya beberapa jenis yang wajar kita kenal terlebih dahulu. Buasir terbahagi kepada dua tahap terdiri daripada buasir dalaman dan juga buasir luaran. Mengetahui di mana tahap buasir seseorang sangat membantu dalam menentukan rawatan yang sesuai.

Buasir dalaman

Buasir dalaman berlaku apabila salur darah vena bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit tidak merasa sakit tetapi akan menyedari adanya pendarahan pada najis. Sesetengah pesakit akan merasa seperti ada unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Namun, unjuran ini boleh hilang sendiri atau pesakit perlu menolak unjuran ini balik ke dalam.

Buasir luaran

Buasir luaran merupakan penyakit dimana salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur. Buasir luaran lebih teruk di mana pesakit akan merasa sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan teruk yang dirasai mungkin disebabkan oleh salur darah yang tersumbat akibat darah beku.

Penyakit buasir mungkin sesuatu penyakit yang tidak serius dan kronik namun masih perlu mendapatkan rawatan. Pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dari doktor untuk memastikan sama ada ia buasir atau penyakit yang lebih serius seperti kanser usus. Selepas mendapatkan pengesahan daripada doktor, maka tiba pula masanya untuk memulakan rawatan bagi mengubati buasir.

Rawatan Buasir

Langkah-langkah merawat buasir boleh dimulakan dengan melegakan kesakitan dan kegatalan menggunakan air suam. Pesakit hanya perlu duduk di dalam air suam setinggi 3 inci selama kira-kira 15 minit untuk beberapa kali sehari. Perkara Ini dapat membantu mengurangkan bengkak dan merehatkan otot. Usaha ini amat sesuai dilakukan selepas pesakit membuang air besar.

Selain air suam, pesakit juga boleh meletakkan pek ais selama beberapa minit untuk mengurangkan bengkaknya. Terdapat juga ubat dalam bentuk minyak atau krim yang boleh disapukan pada bahagian luar atau dalam dubur anda. Namun, sebahagian ubat-ubatan ini tidak digalakkan untuk digunakan melebihi satu minggu atau selama mana dibenarkan oleh doktor.

Selain itu, pengambilan diet yang tinggi serat juga sangat diasarakan. Apa yang dimaksudkan dengan diet yang tinggi serat adalah memakan banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang.

Buah-buahan seperti pisang sangat dicadangkan. Buah-buah kering seperti aprikot kering dan kurma antara yang boleh dicuba dan mudah didapati. Pesakit juga boleh memilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air seperti tembikai dan timun.

Selain pengambilan buah, pesakit juga dinasihatkan untuk mendapatkan jumlah air yang mencukupi sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan gelas sehari.

Pesakit juga tidak digalakkan untuk makan makanan yang diproses. Sekiranya didapati diet anda kurang serat, adalah lebih baik untuk meningkatkannya untuk memudahkan proses buang air.

Bersenam memang bagus untuk kesihatan. Sebab itulah senaman juga penting kepada mereka yang mengalami buasir. Berjalan kira-kira 20 hingga 30 minit sehari boleh membantu pesakit.

Pesakit juga digalakkan untuk duduk di atas kusyen yang lembut dan bukan permukaan yang keras. Walaupun tampak remeh, tapi ini dapat mengurangkan bengkak. Pesakit juga diminta agar bangun dan bergerak kira-kira lima minit selepas duduk dalam tempoh masa yang lama.

Pesakit juga boleh mendapatkan ubat dari farmasi yang boleh melegakan sakit seperti aspirin dan ibuprofen.

Makanan yang perlu dielakkan

Apakah makanan yang patut dielakkan? Makanan yang perlu dielakkan adalah makanan yang boleh menyebabkan sembelit seperti produk tenusu seperti susu dan keju, daging dan makanan yang diproses seperti makanan segera dan hidangan sejuk beku. Pesakit juga perlu berhati-hati dengan makanan bergaram. Pengambilan garam pada jumlah yang banyak menyebabkan tubuh terlalu bergantung kepada air. Ini menyebabkan tekanan kepada pembuluh darah.

Apa yang pesakit lakukan di dalam bilik air juga penting. Jangan menahan diri daripada membuang air besar. Ini hanya akan menambah tekanan. Jangan buang masa membuang air besar selepas mendapati anda tidak membuang air selepas beberapa minit. Usah memaksa diri dan cuba tetapkan masa tertentu sebagai rutin membuang air.

Selain tandas cangkung, pada masa kini juga terdapat banyak tandas duduk. Malah, kebanyakan rumah mempunyai tandas duduk berbanding tandas cangkung. Tahukah anda yang tandas cangkung memberi lebih manfaat berbanding tandas duduk? Bagi mereka yang mengalami sembelit, mencangkung boleh membantu melegakan masalah buasir. Oleh itu, tandas cangkung adalah yang terbaik untuk pesakit buasir.

Jika makanan dan langkah-langkah melegakan sakit tidak berkesan, pesakit mungkin terpaksa menjalani pembedahan dengan mengecilkan atau membuang buasir itu. Namun begitu, pembedahan boleh mendatangkan risiko-risiko lain seperti pendarahan, jangkitan, dan reaksi kepada anestasia.

Disebabkan hal yang di atas, ramai di kalangan kita tercari cari penawar bagi meredakan kesakitan buasir. Pesakit buasir sahaja yang mengetahui betapa seksanya mengidapi buasir.

Saranan penulis, kita boleh mencuba produk yang terbukti berkesan iaitu Minyak Herba Asmak dengan membaca maklumat terperincinya di sini.

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply