Skip to main content
search
0
KesihatanKesihatan Kanak-Kanak

Info Penting Tentang Biji Jerawat yang Tumbuh pada Kulit Bayi

By October 27, 2022No Comments

Ibu baru pasti akan bersedih apabila mendapati kulit halus anak penuh dengan jerawat bayi. Apabila bayi anda dilahirkan, jangan hairan jika keadaan kulitnya lebih teruk dari kulit remaja. Sebenarnya, jerawat bayi adalah perkara normal yang tidak perlu dibimbangkan. Apa punca berlaku perubahan kulit bayi ini? Menurut Healthline, jerawat ini sama seperti jerawat biasa yang dialami kanak-kanak apabila mereka akil baligh, cuma ia berlaku pada kulit bayi baru lahir. Jerawat boleh muncul pada bahagian badan atau muka bayi. Tumbuh bintik jerawat pada kulit bayi adalah normal.

 

Kajian mendapati ada kemungkinan jerawat disebabkan oleh yis dan bukan akibat perbentukan minyak dalam kulit. Pakar juga pernah berkata keadaan ini sering dikaitkan dengan pendedahan kepada hormon ibu semasa dalam rahim. Jerawat bayi biasanya kelihatan di bahagian dahi, hidung atau pipi. Namun, kadang-kadang ia hingga ke bahagian belakang bayi tersebut. Walaupun tidak sedap dipandang, jerawat bayi adalah normal dan tidak akan kekal selama-lamanya.

 

Bagaimana rupa kulit bayi?
Ia kelihatan seperti jerawat biasa yang dialami orang dewasa dan remaja. Ia seakan benjolan (papul) atau dalam bentuk kulit merah ataupun putih dan kadang-kadang kulit disekeliling jerawat juga akan nampak kemerah-kemerahan.

 

Papul putih pada bahagian hidung, pipi ataupun dagu yang tidak nampak meradang dikenali sebagai milia. Ini berlaku apabila sel kulit mati terperangkap di bawah kulit. Milia tiada kaitan dengan jerawat bayi dan tidak memerlukan rawatan.

Bila ia mula muncul?
Menurut pakar sesetengah bayi sudah pun mempunyai jerawat saat mereka dilahirkan, tetapi kebiasaannya, jerawat ini hanya akan muncul 2-4 minggu selepas kelahiran. Keadaan ini boleh bertahan dari beberapa hari atau minggu, hingga beberapa bulan.

Apa yang boleh sebabkan situasi ini makin teruk?
i- Bayi anda selalu menangis
ii- Kain pakaian kasar
iii- Air liur
iv- Kesan muntah susu pada kulit yang dibiarkan terlalu lama

 

Bagaimana nak cegah dan apa cara rawatan?
Malangnya, tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mencegah keadaan kulit ini. Tetapi berita baik di sini ialah jerawat bayi ini selalunya akan hilang sendiri tanpa parut. Walaupun ia biasanya tidak berlarutan lebih daripada beberapa hari atau minggu, kadang-kadang ia boleh berterusan selama berbulan-bulan. Jika ini berlaku, sesetengah pakar kanak-kanak boleh mengesyorkan krim yang boleh membantu menghilangkan jerawat. Jangan sebarang guna krim dengan berlebihan atau ubat jerawat lain di farmasi kerana kulit bayi anda sangat sensitif dan boleh bertindak balas dengan menjadi radang atau jauh lebih serius.

 

Kredit : IbuPedia

 

Apa ibu bapa boleh buat?
Di bawah adalah beberapa langkah dari Healthline untuk memastikan kulit bayi anda kekal sihat sambil menunggu jerawat untuk hilang.

 

Jangan picit jerawat bayi :
Jangan picit jerawat yang ada pada muka bayi. Perbuatan ini hanya akan merangsangkan jerawat pada mukanya dan boleh memburukkan keadaan.

 

Pastikan muka anak sentiasa bersih:

Cuci/lap dengan perlahan, muka bayi anda dengan menggunakan air suam dan kain lembut setiap hari. Anda juga boleh basuh muka bayi anda dengan menggunakan tangan semasa mandi.

 

Jangan gesel muka bayi:

Apabila kulit bayi berjerawat dan sensitif digesel, ini boleh menyebabkan keadaan kulit menjadi lebih teruk. Sebaliknya lap dengan perlahan malah guna kain lap yang lembut.

 

Jangan pakai losyen:

Losyen hanya akan memburukkan keadaan, jadi elakkan dari menggunakannya sehingga kulit bayi anda pulih. Tetapi ada juga ibu yang mengatakan petua menyapu sedikit susu ibu pada jerawat boleh membantu.

 

Bila ibu bapa perlu berjumpa doktor?
Jika ibu bapa masih bimbang dengan keadaan muka anak, rujuklah kepada doktor anda dan jangan berlengah. Kadang-kadang jerawat bayi boleh dikelirukan dengan reaksi alahan malah ekzema. Pakar bayi boleh menentukan ini dan menyarankan beberapa cara rawatan.

 

Jerawat bayi biasanya akan hilang dalam beberapa minggu, tapi ada juga yang bertahan selama berbulan-bulan. Jika jerawat tidak juga hilang setelah 3 bulan, segera berjumpa dooktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

 

Kredit :
TheAsianparent
IbuPedia

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu