Siapa dia tak penting.Apa yang penting anda dapatkan mesej dari cerita ini.
Dia adalah salah seorang team dalam salah satu bisnes saya. Awal-awal dulu memang dia mengaku suka kutuk saya di belakang dan ada sahaja yang tidak puas hati.Tak cukup sembang dengan team lain,mengadu kepada si suami pula.
Ada sahaja yang tidak puas hati dengan peraturan dan apa-apa arahan yang ditetapkan.
Apabila mengadu pada suami,dia kena tazkirah balik :
“Kalau nak buat bisnes,buat betul-betul.Dia sebagai owner bisnes lebih tahu apa yang terbaik untuk bisnes ni.Belajar untuk patuh pada peraturan yang ditetapkan.”
Dia tersentap.
Sangkanya si suami akan back up.
Dia muhasabah diri.Jauh di sudut hati dia mengakuinya.
Sejak itu dia cuba untuk sentiasa bersangka positif dengan arahan ketuanya. Dia selalu optimis dan cuba mencari kebaikan dari setiap tindakan yang mungkin adakala nampak seperti menyusahkan dan membebankan serta tidak adil.
Hasilnya?
Hatinya lebih tenang. Apa yang dibuat semakin menjadi.Team bisnesnya berkembang.Dan dia juga sangat menghormati ketuanya itu.Jika ada apa-apa yang tidak puas hati,dia memilih untuk berterus terang dengan ketuanya.
Ketuanya dengan senang hati akan menerangkan kenapa sesuatu tindakan atau peraturan ditetapkan.Barulah dia menyedari.Ketua sentiasa mahukan yang terbaik.Mana ada ketua yang nak hancurkan bisnes sendiri.
Apabila bersangka baik dan positif dengan tindakan-tindakan ketua,hasil yang dapat pun yang baik-baik dan positif sahaja.
Hasilnya,jualannya semakin meningkat,team semakin membesar dan mereka juga mendengar kata.Rezekinya semakin murah dan hidupnya semakin tenang.
Sebaliknya berlaku kepada seorang yang lain,apabila selalu mengutuk ketua di belakang,ada sahaja yang tidak puas hati,hidup jadi tak tenang,keberkatan semakin hilang. Suka bersangka buruk kepada ketua,dan akhirnya sangkaan itu berbalik kepada dirinya kembali.
Ya,manusia mengikut sangkaannya.Apabila terlalu kerap memikir negatif walaupun mulut sentiasa sebut positif,ia akan memberi impak kepada minda separa sedar tanpa disedari.Ia juga menjadi doa dan akhirnya kecundang.
Mesej cerita ini ialah :
Hormatilah orang yang sampaikan kepada anda walau sepotong ayat. Anda tidak akan rugi apa-apa melainkan mendapat keberkatan.
Setiap guru itu bukan maksum,bukan perlu disembah,tetapi cukuplah menghormatinya dengan cuba mencari hikmah di sebalik tindakannya,bersangka baik dan berterus terang di depan,bukan mengutuk di belakang.
Apabila anda mencerca orang yang berniat baik,dikhuatiri anda akan kecundang dan Allah bolak balikkan hati anda untuk berhenti meneruskan apa yang sedang diusahakan,lalu Allah swt menggantikan tempat anda dengan mereka yang lebih baik.Ternyata segala usaha selama ini akan jadi sia-sia.
Ambillah yang baik dan jadikan tauladan,yang tidak baik,jadikan sempadan.
Nfam,
Menghormati dan menyanjungi sesiapa sahaja yang suka berkongsi ilmu yang baik-baik.