“Awak dah boleh buat seminar ni ”
“Puan ni dah otai,kenapa tak nak buat talk”
“Otai networking rupanya”
Itulah antara kata-kata yang pernah disebutkan kepada saya.
Terbaru,ada yang tanya ” ada founder X tu baru je buat produk Y,dah masuk tv,dah ada orang interview,dah viral sana sini,kenapa puan dah dekat 3 tahun tak ada pun macam tu?”
Saya tersenyum sahaja.
Sebenarnya saya lebih suka begini.
Pertama ,saya sentiasa merasakan tidak puas dengan pencapaian saya. Bagi saya kejayaan tak perlu terlalu awal dihebahkan. Sebab boleh makan diri. Saya sendiri meletakkan target 10 tahun selepas bisnes fulltime,baru boleh dipertimbangkan seminar,talk dan sebagainya.
Kedua,saya berasa tidak layak. Baru bisnes setahun jagung dah sibuk buat seminar,bagi talk sana sini.Berapa ramai founder yang bagi talk sana sini,buat akademi,buat seminar besar-besaran cerita kejayaan,cerita ada agen 40,000 bagai,tapi sekarang mereka dah lingkup.Ada yang dah sendu.Mana nak letak muka tu?
Lain kali kalau baru bisnes setahun jagung,eloklah fokus pada bisnes dulu.Usah sibuk bagi talk dan buat seminar bagai.Harus sedar diri dan sentiasa melihat orang lain yang jauh lebih berjaya dari kita tapi mereka low profile sahaja.
Ketiga,takut hilang fokus.Saya tak nak kesibukan buat seminar,program dan talk akan menghilangkan fokus saya pada bisnes dan team kerana mereka keutamaan saya.
Keempat , saya fokus kepada program dalaman team sendiri.Bagi saya itu lebih memberi kepuasan buat masa ini.
Kelima,apabila viral,mulalah semua orang sibuk nak buat apa yang kita buat. Lihat sahaja niche produk kami,dah berapa ramai yang buat sekarang,tak terkira. Semua pakat-pakat nak menyelam ke lautan menjadikan ia sekarang “red ocean.”
Bagaimana pun kami tak gentar,sebab kami sudah mempunyai kekuatan sendiri.Manakan sama yang lama dengan yang baru.Bukan nak bercakap besar,tapi ini cara kami memotivasikan diri sendiri. Datanglah seberapa banyak produk sekalipun,ia tidak akan sama dengan apa yang kami bawa,kerana USP kami bukan pada produk semata.
Jadi,lebih baik kami kekal seperti ini dengan cara kami tersendiri dalam membuat marketing.
Saya tak menolak untuk viral,untuk beri talk jika perlu,tapi biarlah apabila saya merasakan ia satu peluang untuk memperkenalkan produk dan brand,barulah saya akan ambil.Jika sekadar mahu glamour dan nampak hebat,maaf,saya memang tak berminat. ?