Skip to main content
search
0
Berita Terkini

Kisah Kerja Pertama Dan Kedua

By November 8, 2018May 10th, 2019No Comments

Kerja pertama saya ialah semasa berumur 17 tahun. Di saat orang lain bersekolah tingkatan 5,saya “struggle ” dengan penyakit misteri lalu doktor memberikan saya MC selama setahun.

Saya pula tekad mahu berhenti sekolah dan mohon surat berhenti.

Saya hanya habiskan masa di rumah,makan ubat dan berehat.Kebosanan melanda.

Kebetulan dapat tahu ada kosong kerja kantin sekolah rendah.

Saya cuba nasib dan diterima bekerja.

Bayarannya RM8 sehari.Seminggu dapat RM40.

Itulah gaji pertama saya.Gembiranya bukan main bila boleh pegang wang gaji hasil usaha sendiri. Saya ke bandar dan membeli beberapa benda.Selebihnya saya simpan.

Antara peristiwa yang saya tak boleh lupakan ialah bila rakan sekerja dan majikan seolah-olah menuduh saya mencuri RM2 yang terlekat di kaki saya semasa mencuci pinggan. Entah dari mana duit tu datang melekat di kaki saya.Majikan selalu bawa anak kecilnya.Saya syak budak tu yang main duit tu.

Kebetulan dah nak cuti sekolah masa tu. Rasanya saya dah tak pergi kot lepas diorang tuduh macam tu.

Maklumlah dah lama sangat,memang ingat-ingat lupa.

Rakan sekerja tu pulak jadi nasi tambah menghangatkan keadaan.Memang tak tengok dah la muka dia lepas tu. Sehinggalah saya kembali ke sekolah yang sama sebagai guru pula.Bila duduk di kantin pasti teringat,”dulu aku pekerja kantin ni”. Hmmm.

Kerja kedua saya pula ialah sebaik habis SPM. Majikan C ni memang macam apa entah.

Kalau nak suruh orang berhenti,beritahu je la kan.Masa tu bisnes mereka dah nak bankrup sebab pasaraya baru buka dan orang dah kurang ke situ.Ramai kena buang.

Salah seorang penyelia menyorokkan sejumlah wang RM4000 dan menuduh saya mencuri.Memang saya tak mengaku la.Lepas tu konon-konon dia check di kaunter terjumpa “wang yang disorok “.Saya dibawa ke bilik dan ditanya macam-macam.

Saya memang tak mengaku lah sebab tak ambik kan.Dia suruh tulis surat letak jawatan atau dia report polis. Lalu saya pun buatlah apa yang disuruh.

Maklumlah tak tahu apa pasal undang-undang.

Semudah tu dia memperkotak-katikkan orang muda yang tak tahu apa.

Dekat sini merasalah gaji sebulan RM600+.

Tapi pengalaman tu,yang tak akan dilupakan. Majikan dari neraka memang wujud.

Nanti saya sambung kisah kerja saya yang seterusnya.Hehe

Banyak kerja saya sebelum saya menjadi guru dan usahawan sebenarnya. 

Kalian pulak, ada nak share story?

Nor Fazilah Abd Mohd
Norfazilah.com

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu