Dulu saya fikir jika ada wang RM1 juta,pasti seronok.
Bila dapat wang banyak tu,tak ada rasa apa. Bersyukur,tapi sebab saya dah terbiasa mengajar diri tak memandang pada wang,maka sebab itu agaknya tak rasa apa.
Dulu saya fikir,jika dapat pergi ke sana sini,pasti gembira.
Bila dapat pergi sana sini,memang gembira,tapi tetaplah juga bila sampai di rumah sendiri yang usang itu yang terasa sangat bahagianya.Walaupun tidur di hotel yang tilamnya paling empuk.
Kawan-kawan,
Bahagia itu subjektif.
Ada orang bahagia dengan apa yang dia sudah ada,tanpa perlu berfikir mencari harta dan wang ringgit.
Tapi,ada orang yang lebih berasa bahagia jika dapat memikirkan punca rezeki orang lain,dan berkongsi peluang,usahlah kita mempertikaikan dirinya.
Setiap kita tak sama cita-cita dan keinginan.
Ada orang,lepas untuk diri dan keluarganya makan pakai cukup,sudah memadai.
Ada orang,hidupnya sentiasa memikirkan orang lain.
Kita ini tak sama.
Cukup jika dapat saling hormat menghormati di antara satu sama lain.
Rasailah bahagia dengan apa yang kita sudah miliki. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Nikmati kebahagiaan itu.
Sekiranya kehidupan anda lebih baik dari dahulu,anda sudah pun berjaya sebenarnya.
Kejayaan itu juga ialah apa yang anda usahakan dan sedang kecapi,bukan mesti sampai ke puncak.
Tapi kalau mampu ke puncak kejayaan,kenapa harus berhenti?