“Eh,kenapa mahal buku ni ”
“Mahallah produk awak ni”
“Dia caj aku 4 angka untuk belajar buat akaun”
Biasa kan kita dengar macam ni ?
Kenapa kita dengar benda-benda macam ni?
Kerana orang yang menuturkannya tidak faham tentang nilai dan apa yang dia akan dapat sebenarnya.
Saya berikan contoh,kenapa kopi di tepi jalan atau kedai makan lebih kurang RM2 sahaja tetapi kopi di Starbuck RM18?
Kedai makan itu hanya menjual kopi.Tapi Starbuck menjual keselesaan,gaya hidup dan kebanggaan. Orang pergi Starbuck bukan sebab nak minum kopi sangat,tetapi lebih kepada 3 benda yang saya sebutkan tadi. Itulah “value” atau nilai yang pelanggan mereka dapat.
Saya sendiri kalau nak bertemu orang kadang saya suka jumpa di tempat yang ada privacy,aman dan damai. Starbuck juga antara pilihan saya. Saya berasa lebih tenang dan mudah untuk berbual dengan orang yang saya jumpa di situ. Perbincangan juga berjalan dengan lancar.
Tak salah kalau anda nak minum kopi dan berjumpa di kedai makan biasa. Tiada siapa kata salah. Tapi anda harus terima suasana yang bising,dan perbincangan anda akan sedikit terganggu dengan persekitaran juga.
Ada masa saya sendiri suka minum tepi jalan. Ada juga kedai biasa yang mempunyai kelebihan mereka sendiri.
Contoh lain,kenapa hotel ada level 3 bintang,ada level 5 bintang?
Harga pun naik selari dengan jumlah bintangnya.
Ia tentang “nilai” yang anda dapat ketika menginap di situ.
Saya dah merasa tidur hotel cap ayam sehinggalah ke hotel 5 bintang. Perbezaannya langit dengan bumi.
Boleh ke saya pergi kaunter hotel 5 bintang dan tanya mereka kenapa mahal ?
Nanti buat malu saja.
Apabila anda dah bersedia untuk ke hotel 5 bintang,anda sepatutnya sudah tahu apa sebab anda mahu ke situ.
Jika mahu murah,pergi sahaja menginap di hotel 2 bintang.
Hotel 5 bintang biasanya sangat selesa,katil memang empuk,karpet tebal,suasana memang aman damai,persekitaran yang bersih dan cantik ,makan sedap dan banyak lagi.
Saya pernah tidur di hotel cap ayam dan suasananya amatlah bising,katil biasa,cadar dah lusuh dan bilik air kotor.
Saya dapat apa yang saya bayar!
Nampak tak?
Ia bukan tentang harga tau.
Tapi apa nilai yang anda akan dapat.
Kita bayar untuk mendapatkan nilai tersebut.
Salah satu contoh lain yang orang tidak faham juga ialah buku. Kalau anda ke kedai buku,kenapa buku yang tebal lebih kurang sama harga lain-lain? Ia adalah kerana isi di dalamnya.
Nilai kertas mungkin RM10 sahaja,tetapi ilmu di dalamnya itu yang mahal.
Saya pernah bertanya kepada penjual set Grolier,kenapa mahal sangat setiap set Grolier,cecah ribuan ringgit.
“Isinya puan,takkan dapat di luar sana”
Soalan itu ketika saya masih bekerja dan kurang faham tentang nilai.
Jika kita dah tahu nilai, kita tidak akan teragak untuk keluarkan wang.
Sekiranya anda menjual produk dan selepas pelanggan tahu nilai dan mereka tetap tidak membeli, itu bermaksud mereka bukan target market anda.
Anda pun berhak memilih pelanggan ye. Kita tak boleh nak jual satu benda pada semua orang. Ingat tu.
Harap anda belajar sesuatu ye!