Skip to main content
search
0
Berita Terkini

Peristiwa Itu Seolah-Olah Macam Baru Berlaku Semalam

By November 7, 2018May 10th, 2019No Comments

Saya ni sejenis yang mudah serik apabila tersentap.

Siapa pernah baca penulisan saya sebelum ni mesti masih ingat yang saya ada sebut tentang tak nak berniaga offline.

Sebenarnya saya bukan langsung tak pernah berniaga offline,saya cuma tak nak jual pada rakan sekerja sahaja.

Sebabnya saya pernah mengalami satu peristiwa yang sangat mengguris hati,yang mana impaknya saya memang tak bawa barang jualan ke tempat kerja melainkan disuruh.

Sekitar tahun 2007 macam tu,saya pernahla konon nak belajar bisnes.Bawalah katalog produk dan waktu rehat tunjukkan pada kawan sekerja.Ramai yang berminat dan mula buat order.

Tak lama selepas itu depan mata saya sendiri terdengar ” Eh,petang ni kita pergi outlet X nak?Kita boleh dapat lebih murah”.Kuat pula suaranya tu.Langsung tak memikirkan hati dan perasaan kita.

Jika tak nak support pun,tak perlulah berkata kuat begitu dengan niat nak bagi saya dengar kan.

Itulah pengakhiran di mana saya tekad,saya tidak akan menjual di tempat kerja.Kalau nak,carilah sendiri.

Habis mereka yang tak bersalah pun terima akibat dari trauma saya tu.Huhu.

Nak buat macam mana,saya tersentap.Saya terasa.Hati saya terguris,dan lukanya sangat dalam.

Waktu itu saya tiada ilmu.Tiada mentor.

Baru nak bermula terkena begitu.

Sejak itulah saya tekad untuk fokus kepada bisnes online semata dan langsung tak suka menjual pada orang terdekat.Mereka nak,mereka cari,itu prinsip saya.

Sampaikan saya berhenti kerja dan buat bisnes apa pun ramai yang tak tahu.Akhirnya mereka tahu dari orang lain.

Saya yakin,pasti ada hikmah-Nya semua itu.

Dan apa yang saya alami,sudah pasti ramai pernah merasainya. Usah jadi seperti saya yang waktu itu terus fobia.Kalian pedulikan kata-kata “makcik bawang” yang suka menjatuhkan semangat kita.

Biarlah dia nak beli mana pun. Biarlah dia nak beli dengan orang lain pun. Market kita bukan mereka sahaja.

Dan bukan semua orang tak support,ada je rakan yang baik-baik yang selalu support bisnes rakan lain.

Mungkin sebab saya masih baru ketika itu jadi kesannya amat dalam sehingga kini dan seolah-olah baru berlaku semalam.

Begitulah alkisahnya.

Tapi sekarang,kami fokus sahaja keduanya,online mahupun offline.

Rugi kalau buat salah satu sahaja. Tapi kita harus memilih fokus lebih di mana,online atau offline.Itu sahaja.

Nor Fazilah Abd Mohd

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu