0

Bayi dan kanak-kanak mudah diserang batuk dan selesema. Batuk kahak berpunca daripada beberapa jenis penyakit termasuklah jangkitan atau alahan habuk, asap, wangian dan bulu haiwan.

Selain itu, cuaca yang terlalu sejuk atau panas turut menjadi punca. Badan akan lebih mudah dijangkiti virus, bukan hanya kanak-kanak bahkan juga dewasa. Kebiasaannya, 3 hari pertama keadaan batuk berkahak terjadi sangat kerap. Namun akan mulai reda dalam beberapa hari seterusnya.

Sebagai ibu bapa kita berikhtiar dan berdoa semoga anak cepat sembuh. Jika keadaan masih tiada perubahan malah semakin teruk segeralah ke hospital. Berikut 5 cara mudah yang boleh ibu bapa amalkan.

Madu Asli

Kajian mendapati meminum madu bagi menghilangkan batuk berkahak pada anak lebih efektif berbanding penggunaan ubat. Madu mengandungi antioksidan yang mempu memerangi radang dalam badan. Berikan anak setengah sudu teh madu asli sebanyak 4-5 kali setiap hari. Namun, anak  di bawah usia dua tahun tidak dibenarkan meminum madu kerana boleh menjejaskan kesihatannya.

 

Air Suam

Membantu mencairkan kahak seterusnya menyembuhkan jangkitan. Air suam juga membantu meredakan tekak yang gatal-gatal dan rasa tidak selesa disebabkan oleh sinus yang mengering. Ajar anak untuk minum 6-8gelas air suam setiap hari terutama sepanjang dirinya tidak sihat.

 

Jus Lemon

Kajian mendapati jus lemon atau air perahan lemon membantu mengatasi batuk berkahak pada anak di samping menyembuhkan jangkitan di saluran pernafasan. Berikan satu sudu teh jus lemon setiap tiga jam. Berikan anak segelas air putih selepas meminum jus lemon kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi.

 

Madian Lemon

Letak hirisan lemon ke dalam air mandian. Bau lemon  dipercayai membantu mengeringkan hingus. Aromanya juga cukup menenangkan.

 

Kunyit

Terkenal dengan antibiotik semula jadi sama seperti bawang putih. Tumbuk kunyit sehingga lumat kemudian sapu pada dahi dan batang hidung anak. Buat dengan yakin, dengan izin-Nya selesema akan sembuh.

Selamat Mencuba 🙂

 

Kredit: https://www.nona.my/praktik-5-cara-mudah-tanpa-ubat-ini-untuk-hilangkan-batuk-berkahak-pada-anak/

Muat Turun EBOOK Percuma!
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak - 50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

WhatsApp Sekarang