Ramai orang buat bisnes tak sedar yang mereka sebenarnya berniaga.
Tapi mereka nak pendapatan yang besar.
Ciri-ciri utama orang yang berniaga ialah hampir semua benda mereka buat sendiri.
Paling kuat mereka berniaga bersama pasangan.
Masih dikira berniaga.
Selagi masih “berkahwin” dengan perniagaan anda, selagi itu anda akan susah nak berkembang.
Leverage and delegate.
Kalaulah pada hari ini pemilik KFC buat semua benda seorang diri,pasti kita tak merasa KFC tu.
Nampak tak macam mana KFC berkembang?
Masalah pekerja ?
La,satu dunia kot ada masalah pekerja.
Ia bukan masalah,ia adalah proses. Peduli apa pekerja datang dan pergi.
Jangan ada key person dalam company,susah nanti.
Pastikan ada manual SOP tugas pekerja dan segala dokumen itu lengkap.
Tak perlu risau staf nak berhenti.
Pastikan polisi juga jelas supaya mereka tak berhenti sesuka hati.
Beri notis sebulan dan bolehla suruh dia ajar orang baru pula.Susah ke?
Minta maaf sangat,kebenaran memang pahit.
Selagi anda masih “berkahwin” dengan bisnes anda selagi itu anda tidak akan berkembang.
Jadilah anda tukang ambil order,tukang uruskan penghantaran order,tukang jaga agen/pelanggan,tukang buat pemasaran,tukang jaga jualan,tukang jaga stor ,tukang buat akaun dan macam-macam jenis tukang lah.
Baik jadi tukang je terus kan?
Itulah beza minda usahawan dengan minda peniaga.
Peniaga fikir hal kecil-kecil je,janji lepaslah untuk dia cukup-cukup makan.
Seorang usahawan adalah seorang yang berjiwa besar,berpandangan jauh,strategik dan pemikir yang susah nak berhenti berfikir. Mereka ini sentiasa fokus kepada pembangunan diri, sebab itu sentiasa baca banyak buku dan hadir majlis ilmu.
Ilmu tak berkembang, pendapatan pun tak berkembang.
Mereka juga mempunyai banyak circle,bukan circle team sendiri sahaja.
Mereka ada sifu,mentor,coach,circle team,circle sosial dan circle bisnes.
Semak diri anda ye!
Selamat maju jaya.