Skip to main content
search
0
Berita Terkini

Rasa Penat Nak Berhenti

By January 17, 2019May 10th, 2019No Comments

RASA PENAT NAK BERHENTI

Lumrah dalam hidup.Sesekali kita akan rasa nak berhenti buat apa yang kita sedang usahakan.

Rasa nak mengalah.

Rasa nak berhenti terus dan malas fikir.

Tenang.

Anda normal sebenarnya.

Saya pun selalu rasa macam tu.

Tanyalah team saya.

Berapa kali saya sebut nak berhenti,sampai mereka dah tahu dah.Acah-acah je tu.Hehe.

Jangan amalkan kerap tau.Takut jadi doa.Sesekali tak apa.

Masa saya sebut tu kadang,ada acah-acah,ada yang betul-betul rasa tau.

Tapi saya pastikan masa ni #ThePowerof24Hours memainkan peranan.

Maksudnya kalau nak rasa down ke,nak lemau ke,lemah semangat ke,pastikan jangan lebih 24 jam.Kalau lebih pun jangan lebih 3 hari,ni maksimum.

Kalau selepas sehari rasa tak ok,keluarlah dan pergi bercuti.Pergi ke mana-mana yang jauh dari kesibukan dan ambil tempoh bertenang.

Jangan buat keputusan terburu-buru dalam keadaan emosi yang lemah.Bila bercuti dapat energi baru.Dan semasa bermusafir,doa kita mudah makbul.

Ini dahlah lemau,down,terperap dekat rumah,pandang kiri dan kanan suasana sama.

Macam mana nak bantu menaikkan semula semangat?Persekitaran langsung tak membantu.

Kita perlu bijak mengurus rasa down ni.Ianya boleh jadi stress yang tidak disedari.

Kita perlu sedar yang kita tidak boleh lari dari masalah dan perasaan sebegini.Kadangkala ianya untuk menguji kekuatan kita.Allah mahu kita dekat kepada-Nya.

Mungkin sudah lama kita tidak berdoa sepenuh hati sampai nangis-nangis.Jadi ambillah peluang ini untuk mengadu kepada-Nya.

Selain dari itu,ingat kembali kenapa anda mahu bermula dahulu?Anda mahu capai BIG WHY anda bukan?

Jadi kenapa mahu berhenti.

Jika anda ada team,lihat wajah-wajah mereka yang sangat menghormati anda dan masih memerlukan anda sebagai ketua.

Tidakkah anda kasihan kepada mereka?

Ye,dalam bisnes memang kena ketepikan segala perasaan. Cuma berbisnes cara berjemaah menggunakan sistem agen ini memang agak lain perasaannya. Untung tak semewah sistem lain,tapi keberkatan dan rasa kebersamaan yang tinggi itu yang mahal.

Sukar diucapkan.Jangan kerana down satu hari dan isu yang boleh diselesaikan,kita rela kehilangan segala yang dibina.

Pesanan ini sebenarnya untuk diri sendiri.

Bolehlah baca jadikan pengajaran jika anda rasa ianya kena dengan diri anda juga.

Nfam,
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu