Usah berperang jika senjata tak cukup
Dulu saya memang seronok belajar benda-benda baru.Memang teruja sangat. Tak tahulah kenapa,tapi memang best lah dapat belajar ilmu baru.
Dari 2010 saya fokus kepada pembangunan diri.Saya cuba pastikan setiap hari saya dapat ilmu baru.
Paling kurang seminggu sekali atau sebulan sekali.
Maklumlah sebab masih bekerja.
Nak berhenti sayang sebab “passion” pada bidang perguruan.
Walaupun “passion” itu terhakis sedikit demi sedikit kerana pertambahan beban kerja yang tidak berkaitan dan semakin menyukarkan,saya bertahan sehingga tahun 2016.
Sepanjang tempoh itu saya terus menambah ilmu,menjual dan beroleh banyak pengalaman.
Simpanan juga semakin bertambah.
Paling penting ilmu dah padu.
Sebab itu bila saya berhenti,saya boleh pecut 13 kali ganda.
Semua dah ada dalam kepala,tinggal nak keluarkan saja.
Itulah pentingnya ilmu. Kalau anda hari ini berasa selesa dan langsung tak mencari ilmu,bersedialah untuk melalui zaman kejatuhan.
Rendahkan ego dan pergilah berguru.Berguru tak semestinya dengan seorang.Kita lebih tahu apa yang kita perlukan.
Saya sendiri tahun lepas fokus berguru dengan beberapa orang trainer dan sifu. Tahun ini 3 orang,eh,4 sebenarnya. Semuanya mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing.
Ilmu yang kita perolehi itu akan berhasil bila kita buat apa yang kita pelajari.
Bukan hari ini belajar esok terus boleh hasil.Kena sabar.
Pecutan terakhir tahun ini menyaksikan saya menyertai lebih banyak program ilmu kerana saya nak pastikan 2019 saya lancar.
Cuba tanya diri sendiri,apakah ilmu-ilmu baru yang aku telah pelajari tahun ini?
Adakah aku dah buat semuanya?
Jika sudah berapa % yang dah buat ?
Yang lain bila nak buat?
Tak guna juga banyak sangat ilmu tapi tak buat pula.
Jika pada hari ini anda berasa berat untuk mengeluarkan wang untuk ilmu,itu petanda anda memang susah mahu berjaya. Anda memang tak boleh pergi jauh.
Jika tak percaya,cubalah.
Tanamkan azam dari sekarang,yang anda mahu membangunkan diri dengan ilmu.
Sentiasa bergerak laju.Insyaallah anda sentiasa akan jadi berdaya saing.
Selamat maju jaya usahawan!