Punca Badan Cepat Letih & Cara Pulihkan Tenaga
Badan cepat letih, lesu dan tidak bertenaga merupakan masalah biasa yang dialami ramai orang.
Ia boleh menjejaskan produktiviti harian, fokus, malah kualiti hidup anda.
Artikel ini merangkumkan punca utama keletihan serta cara untuk memulihkan tenaga anda.
5 Punca Biasa Badan Cepat Letih
- Tidak cukup tidur – Badan memerlukan tidur berkualiti 6-9 jam. Jika tidak cukup, anda akan cepat mengantuk, lesu dan imun badan menurun.
- Apnea tidur – Masalah pernafasan semasa tidur yang menyebabkan tidur terganggu, kerap mengantuk siang hari dan boleh meningkatkan risiko kemalangan.
- Anemia – Kekurangan sel darah merah menyebabkan oksigen tidak cukup dihantar ke seluruh badan, lalu anda mudah letih, pucat dan sesak nafas.
- Kemurungan & tekanan – Stres kronik atau kemurungan boleh hadir dalam bentuk fizikal seperti keletihan, insomnia, sakit badan dan hilang tenaga.
- Kafein berlebihan – Kopi atau minuman berkafein yang berlebihan boleh ganggu tidur, degupan jantung laju, dan selepas kesannya hilang anda akan jadi lebih letih.
Punca Tambahan Badan Lemah & Lesu
- Masalah kesihatan – Seperti diabetes, tiroid tidak aktif, sakit jantung, kekurangan vitamin & mineral.
- Diet tidak seimbang – Kekurangan zat besi, kalsium, protein atau vitamin menyebabkan tubuh tidak cukup nutrisi dan cepat penat.
- Proses penuaan – Umur meningkat memerlukan penjagaan pemakanan lebih baik untuk elakkan badan mudah lesu.
Cara Pulihkan Tenaga & Atasi Keletihan
- Makan secara kerap dalam kuantiti sederhana untuk kekalkan tenaga sepanjang hari.
- Minum banyak air kosong bagi elak dehidrasi yang boleh buat anda lemah dan tidak fokus.
- Tidur awal dan dapatkan rehat sekurang-kurangnya 7 jam sehari.
- Kawal berat badan untuk kurangkan tekanan pada jantung dan badan.
- Elakkan alkohol, kafein berlebihan, dan rokok.
- Kawal tekanan dengan aktiviti seperti senaman ringan, yoga, berzikir atau membaca.
- Amalkan diet seimbang dengan cukup vitamin, mineral, protein dan omega-3.
- Dapatkan pemeriksaan kesihatan jika keletihan berpanjangan.
Produk Kesihatan Asmak Untuk Tenaga & Kecergasan
Anda boleh sokong gaya hidup sihat dengan pemakanan tambahan semula jadi:
🍯 Madu Halia Bentong – Tingkatkan tenaga & imuniti
🌿 Minyak Habbatus Sauda – Kaya antioksidan & sokong kesihatan dalaman
🥗 Minyak Zaitun – Sumber lemak sihat & baik untuk jantung
Sumber artikel: Hello Doktor, Hello Health Group.