Kenapa Susu Badan Kadang Kurang?

Menyusukan bayi adalah pengalaman yang indah namun mencabar. Ada ibu yang mengalami penghasilan susu kurang disebabkan beberapa faktor:

  • Bayi jarang disusukan.
  • Stres dan tekanan emosi ibu.
  • Pemakanan tidak seimbang.
  • Kekurangan pengambilan air.
  • Kurang tidur dan rehat selepas bersalin.

Tanda susu kurang termasuk bayi kerap menangis walaupun baru disusukan, lampin kurang basah, berat bayi tidak naik, dan payudara rasa lembik.

Milk Booster Semula Jadi Yang Berkesan

1. Kurma

Kurma merangsang hormon prolaktin untuk meningkatkan penghasilan susu. Ia juga beri tenaga segera dan membantu pemulihan selepas bersalin.

2. Kekacang (Badam, Gajus)

Kaya protein dan lemak sihat, boleh dimakan sebagai snek atau dicampur dalam hidangan. Pilih yang tanpa perisa tambahan.

3. Sayur Hijau (Sawi, Bayam, Daun Kelor)

Sayur hijau membantu pengeluaran susu dan memberikan nutrien penting. Sup atau tumisan sayur hijau sangat sesuai untuk ibu berpantang.

4. Lobak Putih & Merah

Lobak putih boleh dijadikan sup atau jus. Lobak merah pula boleh dimakan mentah atau dimasak. Kedua-duanya dipercayai merangsang kelenjar susu.

5. Kacang Soya & Produk Soya

Susu soya, tempe atau makanan berasaskan soya boleh membantu meningkatkan pengeluaran susu badan.

6. Susu Kambing

Susu kambing berkhasiat dan boleh dicampur dengan kekacang seperti badam untuk rasa yang lebih sedap dan penggalak susu 2 dalam 1. Boleh dapatkan di sini.

7. Buah-buahan (Durian, Kurma, Kismis, Anggur)

Buah-buahan ini dipercayai membantu menambah kuantiti susu secara semula jadi. Ambil secara sederhana.

8. Barli

Rebus barli untuk minum atau campur dalam sup. Barli membantu mengekalkan hidrasi dan merangsang hormon prolaktin.

9. Minuman Tenusu & Coklat (Horlicks, Susu Penuh Krim)

Minuman berasaskan tenusu seperti susu penuh krim, horlicks dan oat membantu menyokong penghasilan susu badan. Susu Penuh Krim dan Minyak Kelapa Dara boleh dijadikan pilihan.

10. Air Kosong

Air kosong atau air suam adalah asas paling penting. Pastikan ibu mengambil cukup cecair untuk penghasilan susu yang optimum.

Cara Tradisional & Amalan Harian Tingkatkan Susu

  • Penyusuan Kerap: Prinsip “demand = supply”. Semakin kerap bayi menyusu, susu semakin banyak.
  • Pam Susu: Mengepam susu selepas menyusu bayi membantu pengeluaran lebih lancar.
  • Rehat & Tidur Cukup: Badan yang cukup rehat membantu hormon berfungsi dengan baik.
  • Urutan Payudara: Mengurut payudara dengan lembut melancarkan saluran susu dan mengurangkan bengkak.
  • Elakkan Stres: Tenang dan gembira membantu hormon oksitosin stabil, seterusnya merangsang pengeluaran susu.
  • Tuaman Daun Sirih: Kaedah tradisional melegakan payudara bengkak dan membantu aliran susu.

Makanan Sunnah & Produk Tambahan

Selain milk booster semula jadi, makanan sunnah juga berkesan:

  • Madu Asli: Memberi tenaga dan meningkatkan kualiti susu. Dapatkan madu Asmak di sini.
  • Buah Kurma & Habbatussauda: Amalan sunnah untuk ibu menyusu, boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur minuman.
  • Minyak Zaitun: Baik untuk kesihatan ibu dan boleh dicampur dalam makanan. Dapatkan di sini.

Produk Asmak yang Disarankan

1. Minyak Zaitun Asmak
Sumber lemak sihat semula jadi yang membantu menyokong fungsi badan, memberi tenaga dan sesuai diamalkan setiap hari.

2. Minyak Kelapa Dara Asmak
Membekalkan nutrisi penting untuk metabolisme dan kesihatan dalaman. Teksturnya ringan dan mudah diserap.

3. Madu Asli Asmak
Pemanis semula jadi yang kaya enzim & antioksidan. Sesuai diminum terus atau dicampur minuman untuk tenaga harian.

4. Goat Milk Cocoa Asmak
Gabungan susu kambing & koko yang lembut di perut, memberi tenaga dan sesuai sebagai minuman harian seisi keluarga.

Kesimpulan

Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan susu badan secara semula jadi: pemakanan milk booster, amalan harian, sokongan emosi, serta penggunaan makanan sunnah. Konsistensi dan kesabaran ibu adalah kunci utama.

Cuba satu persatu cara di atas, dan lihat kesannya pada penyusuan anda. Bayi kenyang, ibu pun sihat dan bertenaga!


Sumber:

  1. Pinkbook – Cara Tradisional Tambah Susu Badan
  2. Dhia Kamila – 10 Makanan Milk Booster Terbaik
Leave a Reply

Kategori Artikel

Produk Terbaru & Terlaris Asmak Life

Shopping cart close