Bahagianya sambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Sebolehnya ibu ayah mahu beri segala yang terbaik untuk si comel. Sebaika buka mata, tidur sampailah saat memandikan ibu akan pilih yang selamat dan tidak menyakitkan kulit bayi.
Ini kerana, bayi yang baru lahir ini kulitnya 30 peratus lebih sensitif dari orang dewasa. Penting untuk ibu lebih berhati-hati pilih barang penjagaan untuk kulit bayi. Dari losyen badan, mandian malah syampu yang selamat bebas kimia. Waktu memandikan bayilah paling penting untuk ibu pilih mandian terbaik untuk bayinya. Tidaklah nanti kulit bayi merah merengsa disebabkan tidak tahan dengan tindak balas bahan penjagaan bayi yang tidak sesuai.
Penting pilih mandian yang selamat
Memandangkan kulit bayi ini ekstra sensitive malah setengahnya mengalami masalah ekzema. Terutama pada bahagian muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan lutut.
Penting untuk ibu mencari mandian bebas sabun, malah tidak memedihkan mata. Mandian yang mengandungi hypoallergenic dan tanpa toksik inilah paling sesuai untuk kulit alergi bayi. Dalam masa yang sama membantu mengelakkan risiko kerengsaan.
- Pilih Sabun Bayi Sensitif Khusus Untuk Kulit Bayi
Sabun yang kasar boleh menyakitkan kulit bayi dan menyebabkan kemerahan. Oleh itu, pilihlah sabun bersifat lembut serta bebas toksik dan bahan kimia bagi melindungi kulit sensitif bayi. Kulit bayi juga tidak perlu disental dengan kuat seperti kulit dewasa. Organ kulitnya yang masih nipis dan sensitif perlu penjagaan khusus dengan sabun lembut khas untuk bayi.
- Tidak Perlu Pilih Sabun Bayi Yang Berbuih
Cara penjagaan kulit bayi dan dewasa jauh bezanya disebabkan oleh sifatnya yang berlainan. Kulit bayi hanya perlu sabun lembut bebas bahan kimia berbahaya tanpa buih-buih yang banyak. Bahan kimia yang ada pada buih sabun dikhuatiri dapat memudaratkan kesihatan kulit bayi lebih-lebih lagi jenis kulit yang sensitif.
- Elakkan Sabun Dengan Pewangi
Para ibu bapa dinasihatkan untuk memakai sabun bebas pewangi kerana bau sabun yang terlalu wangi mungkin membuatkan bayi kurang senang ketika mandi. Pewangi yang ada pada sabun juga berisiko untuk mengandungi bahan kimia berbahaya untuk kulit sensitif si manja.
Tidak perlu sabun wangi-wangi untuk bayi. Bau semulajadi bayi sahaja sudah sangat menenangkan sehingga teringat-ingat bila kita tiada di sampingnya.
- Gunakan Sabun Hypoallergenic Untuk Bayi Bermasalah Kulit
Sekiranya bayi mengalami masalah kulit seperti kering, dan ekzema, merawatinya dengan memakai rangkaian produk yang mengandungi hypoallergenic ketika mandi. Pembersih jenis ini terbukti dapat mengurangkan risiko bayi terkena alahan pada kulit akibat sabun bayi tertentu. Hasilnya, simptom penyakit kulit bayi dapat dikurangkan.
- Baca Label Produk
Ibu bapa perlu tahu komponen dalam sabun sebelum menggunakannya pada anak sebagai langkah berjaga-jaga. Elakkan sabun yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti glycol, propylene dan paraben. Sabun yang terbaik untuk kulit sensitif adalah yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti badam, susu, madu dan minyak zaitun.
Pemilihan Produk Yang Sesuai Amat Penting
Bayi yang sedang membesar mempunyai sistem imun yang sedang berkembang. Oleh itu, kulit yang bertindak sebagai lapisan pelindung pertama badan perlu dijaga rapi untuk kesihatan bayi. Sebenarnya, mandi dengan air bersih dengan sedikit sabun sahaja sudah memadai. Penggunaan sabun dan pembersih juga tidak boleh terlalu kerap kerana rutin ini akan membuatkan kulit bayi mudah kering.
Namun begitu, sekiranya bayi mula menunjukkan tanda-tanda masalah kulit seperti kulit kering, ruam lampin, dan eczema, perhatian khusus perlu diberikan. Dapatkan rujukan doktor untuk cadangan produk terbaik berdasarkan kondisi kulit bayi.
Anda boleh dapatkan produk Babycare Asmak dengan klik disini.
Sumber :
–pantangplus.com
–mingguanwanita.my