Skip to main content
search
0

Minyak kelapa dara atau dikenali sebagai virgin coconut oil merujuk kepada isi buah kelapa yang matang dan segar yang perlu menjalani kaedah mekanikal atau semulajadi tanpa penggunaan haba dan bahan kimia untuk memperolehinya. Sepertimana pokok kelapa yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaannya begitu juga dengan minyak kelapa dara yang mempunyai khasiat tersembunyi yang masih ramai tidak tahu.

Khasiat minyak kelapa dara ini sebenarnya tidak terhad kepada kaum wanita sahaja, malah juga boleh dimanfaatkan kepada kaum lelaki juga. Kemahsyuran minyak kelapa dara ini semakin lama semakin terkenal dan mendapat tempat dalam pasaran kerana sifatnya yang kaya dengan antioksidan dan khasiatnya terhadap tubuh badan manusia.

1. Mengandungi Asid Lemak yang Sihat

Asid lemak yang sihat yang terkandung dalam minyak kelapa dara mempunyai rantaian asid lemak sederhana atau dikenali sebagai medium-chain fatty acids (MCFAs) yang terdiri daripada kira-kira 47% asid urik. MCFAs ini lebih mudah dihadam dan terus dihantar ke hati untuk diproses menjadi tenaga atau ditukar menjadi keton. Secara dasarnya, proses ini dapat mengelakkan berlakunya penyimpanan lemak.

2. Membantu Mengurangkan Lemak di Perut

‘Belly fat’ atau lemak perut adalah petanda bahawa seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kronik. Asid lemak rantaian sederhana ini didapati berkesan untuk mengurangkan lemak perut sekaligus meningkatkan pembakaran lemak serta mengurangkan selera makan.

Terdapat satu kajian yang telah dijalankan terhadap 40 orang wanita obes (bahagin perut) mendapati pengambilan minyak kelapa sebanyak 30 mililiter setiap hari selama 12 minggu berjaya mengurangkan ukur lilit pinggang dan Body Mass Index (BMI). Malah, menurut kajian ini didapati minyak kelapa dara tidak menyebabkan peningkatan lemak atau kolesterol di dalam darah.

3. Mengandungi Antioksidan yang Tinggi

Minyak kelapa dara mengandungi antioksidan seperti asid galik, asid ferulic, kuarsetin dan katenin. Antioksidan-antioksidan ini dapat membantu melindungi sel-sel badan daripada tekanan pengoksidaan.

khasiat minyak kelapa daraKredit: livingwellmag.com

4. Baik untuk Kesihatan Jantung

Kadar kolesterol-HDL (kolesterol baik) dapat ditingkatkan dengan minyak kelapa dara untuk kesihatan jantung. Kajian klinikal bagi memantau kadar kolesterol-LDL (kolesterol jahat) terhadap 160 peserta sihat yang berumur 50 hingga 75 tahun dimana peserta ini dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan minyak kelapa dara, mentega dan minyak zaitun. Kajian ini dikehendaki para peserta untuk mengambil 50 gram lemak atau minyak ini setiap hari selama 4 minggu dan didapati tiada peningkatan ketara pada kadar kolesterol-LDL bagi kumpulan minyak kelapa dara.

Kolesterol-LDL (kolesterol jahat) yang tinggi menyumbang kepada peningkatan risiko penyakit jantung koronari dan penyakit kardiovaskular.

5. Baik untuk Kesihatan Kulit

Menurut kajian, pengambilan minyak kelapa dara terhadap kanak-kanak yang menghidap eczema menunjukkan kesan penambahbaikan dan memberansangkan. Selain itu, minyak kelapa dara juga boleh dimanfaatkan sebagai pelembap kulit. Ini telah dibuktikan dengan kajian terhadap 34 orang pesakit kulit kering (xerosis) menunjukkan keberkesanan minyak kelapa dara dengan peningkatan kelembapan pada kulit dan peningkatan lapisan lemak (lipid) pada permukaan kulit. Minyak kelapa dara ini juga didapati selamat digunakan dan tiada kesan sampingan berlaku melalui kajian tersebut.

6. Mencegah Kerosakan Rambut

Kandungan asid laurik dalam minyak ini boleh menyerap masuk ke batang rambut bagi mengelakkan kerosakan pada rambut. Minyak ini juga mempunyai kemampuan untuk mengurangkan kehilangan protein bagi rambut rosak atau rambut yang kurang sihat.

Banyak khasiat yang boleh diperolehi daripada minyak kelapa dara sama ada untuk luaran atau dalaman badan. Sekiranya digunakan untuk makan, pengguna masih disarankan untuk menghadkan pengambilannya walaupun terdapat kesan positif terhadap kadar kolesterol-HDL seperti dalam kajian yang dinyatakan.

Khasiat-khasiat lain bagi minyak kelapa dara masih memerlukan kajian yang lebih mendalam serta diperlukan untuk menguatkan hasil kajian yang telah ditemui ini. Ingin mencuba Minyak Herba Asmak yang mengandungi minyak kelapa dara di dalamnya? Klik sini.

Kredit:
jiwasihat.com

 

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu