Skip to main content
search
0

Angin dalam badan merupakan antara masalah kesihatan yang sering kita alami. Berpunca daripada aspek pemakanan dan sistem penghadaman bermasalah, ia menyebabkan perut kembung, sendawa berterusan, lemah tubuh badan, loya dan muntah yang mengganggu kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi, jika seseorang itu sedang hamil dan juga orang yang dalam pantang selepas bersalin. Bila tidak selesa, akan mula mencari cara buang angin dalam badan untuk kembali cergas seperti biasa.

Antara teknik yang paling berkesan dan cepat ialah:

1.Vitamin C

Buang angin dalam badan

Vitamin C boleh membuang angin yang ada kerana ia boleh meningkatkan imuniti tubuh agar ketahanan badan akan semakin bertambah dan anda boleh merasa sihat semula. Vitamin C sangat penting untuk kesihatan terutamanya dari segi keseimbangan dan ketahanan. Selain itu, terdapat banyak produk dalam pelbagai syarikat menawarkan produk Vitamin C di Farmasi.

2. Herba

Buang angin dalam badan

Anda pasti memikirkan ubat-ubat herba adalah satu cara semulajadi, tetapi komposisi produk ubat-ubatan herba juga meluas dan dimasukkan ke dalam perubatan sederhana. Banyak bahan-bahan herba dijadikan sebagai ubat-ubatan penyakit yang spesifik dan salah satu dari herb aitu boleh menghilangkan angi dalam badan.

3. Halia

Buang angin dalam badan

Halia adalah petua cara tradisional yang ramai amalkan untuk membuang angin dalam badan. Kini ramai yang menggunakan halia dalam campuran minuman seperti minuman halia merah, susu halia & madu halia yang rasa lebih lazat berbanding dengan ubat-ubatan kimia. Tetapi jika selesa dan suka dengan halia semulajadi tanpa campuran minuman lain tidak jadi masalah untuk anda amalkan.

4. Bawang Putih

Buang angin dalam badan

Selain menjadi penambahrasa masakan, bawang putih juga menjadi petua untuk membuang angin dalam badan. Kandungan bawang putih ini mampu mengeluarkan angin dengan cepat. Bagi orang yang berumur dan mempunyai anak kebiasaannya akan mengalami masalah kembung perut. Cara yang sesuai adalah melumurkan bawang putih pada sekitar bahagian badan dan menggosokannya untuk memudahkan lagi proses.

5. Air Rebusan Daun Betik

Buang angin dalam badan

Ramai yang tidak tahu bahawa minum air rebusan betik juga boleh membantu pencegahan. Caranya, rebuskan daun betik, 4 atau 5 helai daun dengan 1 liter air. Biarkan air yang bercampur daun betik tersebut sebati  dan minum air rebusan dalam keadaan suam. Petua ini juga ramai yang amalkan walaupun pahit tapi sangat membantu.

6. Bekam

Satu perkara yang sangat biasa dan meluas dilaksanakan untuk membuang angin dalam badan adalah dengan berbekam. Teknik bekam dilakukan dalam beberapa cara salah satunya ialah alat yang khas untuk menyedut udara supaya menarik bahagian kulit yang dipercayai untuk menarik angin dalam badan melalui liang-liang kulit badan. Untuk mengeluarkan angin dan darah kotor dalam badan dilakukan dengan dua cara iaitu dengan menindik bahagian tubuh yang di bekam dengan jarum atau hanya dilakukan bekam. Menindik bahagian tubuh dengan jarum juga sebagai akupunktur yang ditambah pula dengan Teknik bekam berkhasiat juga untuk memulihkan stamina dan boleh menghilangkan penyakit tertentu.

7. Bersenam

Ramai juga yang tidak tahu bahawa kadang-kadang orang yang sering pening kepala berpunca daripada angin yang telah naik ke kepala. Hal ini berlaku kerana individu itu kurang melakukan aktiviti atau gerakan yang membuatkan badan terasa lesu dan kaku. Setiap individu perlu melakukan aktiviti seperti berjoging, berjalan laju, ataupun gimnastik kecil sekurang-kurangnya  seminggu 1 kali supaya badan kita dapat mengeluarkan peluh dan menambah kelenturan otot-otot.

 

Sekiranya anda ingin mencari produk yang membantu melegakan masalah angin dalam badan, klik di sini.

Sumber:

  1. Maskulin
Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu