Bagi yang mengalami masalah rambut kering sudah pasti rambut akan kelihatan kering dan kembang. Ada beberapa cara penjagaan untuk mengatasi masalah rambut kering ini, malah ia juga boleh dilakukan hanya di rumah dengan cara yang lebih mudah dan jimat.
Kurangkan Kepanasan Pada Rambut
Rambut yang kering biasanya berlaku disebabkan panas yang berlebihan pada rambut. Jika anda biasa menggunakan pengering rambut, hentikan segera penggunaanya kerana pengering rambut boleh menyebabkan rambut menjadi lebih kering. Cuci rambut menggunakan air dingin dan bukannya air suam. Bagi anda yang tidak berhijab, gunakan topi sebagai pelindung rambut saat anda keluar di siang hari.
Elakkan Mencuci Rambut Setiap Hari
Mencuci rambut setiap hari boleh membuatkan minyak pelindung yang ada pada rambut hilang sehingga membuatkan rambut menjadi kering. Berikan jarak waktu sehari untuk anda mencuci rambut. Apabila selesai berenang, segera membilas rambut agar klorin dari dalam kolam yang melekat pada rambut dapat dibersihkan. Sikat rambut anda ketika basah dan bukannya ketika rambut kering. Ini bagi mengelakkan rambut gugur.
Gunakan Syampu Yang Lembut
Bagi anda yang miliki rambut kering, cubalah menggunakan syampu bayi yang bersifat lembut. Bahan kimia yang ada pada syampu umumnya bersifat keras sekali gus merosakkan struktur dan akar rambut terutamanya bagi pemilik rambut kering.
Rawat Rambut Dengan Minyak
Tip merawat rambut kering yang tidak kurang pentingnya ialah penggunaan minyak untuk perawatan rambut. Campuran minyak kelapa dan pati minyak lavender yang dihangatkan boleh digunakan untuk merawat rambut kering. Selain itu, penguunaan madu pada kulit kepala atau rambut juga boleh dijadikan alternatif untuk merawat rambut kering. Jangan lupa untuk membilasnya setelah dibiarkan seketika sesuai dengan waktu yang dianjurkan.
Potong Hujung Rambut Secara Teratur
Memotong hujung rambut secara teratur, minimum dua bulan sekali dapat mencegah terjadinya rambut bercabang. Rambut bercabang juga merupakan antara penyumbang pada rambut kering.
Walaupun bagaimanapun merawat rambut kering harus diimbangi dengan pengambilan makanan yang bernutrisi untuk kesihatan rambut dan kulit kepala. Minum air putih secukupnya, makan makanan dengan gizi ynang seimbang serta mengambungi vitamin dan mineral yang baik untuk rambut. Hasilnya, rambut anda akan tampil berkilau dan menawan.
Anda sedang mencari produk penjagaan rambut? Klik di sini.
Sumber: