Anak-anak yang tidak mendapat tidur yang secukupnya akan mengganggu tumbesaran dan perkembangan otak mereka. Emosi juga akan menjadi kacau bilau. Masalah yang ibu dan bapa sering hadapi sekarang adalah tak tahu nak atasi masalah sebegini, maka keraplah berlaku episod-episod tantrum, episod tunjuk perasaan yang menguji kesabaran kita dan macam-macam lagi.

 

Apakah tips untuk mudahkan anak tidur malam? Jom baca di bawah:

 

  • Perhatikan Tanda-tanda Bayi Anda Hendak Tidur

Kenapa ianya penting untuk anda faham dan ‘alert’ apabila bayi anda hendak tidur? Langkah ini merupakan langkah yang paling penting dan terawal dalam memastikan tidur yang lena sepanjang malam.

 

Anda mesti pernah mengalami situasi dimana bayi anda terjaga apabila dia baru sahaja hendak tidur. Akibatnya, bayi anda akan merengek dan tidak tidur dengan baik selepas itu. Tambahan lagi, anda pun tidak dapat tidur!

 

  • Latih Bayi Anda Dengan Rutin Sebelum Tidur

Antara rutin yang boleh dilatih untuk bayi adalah mandi dengan air suam sebelum tidur. Mandian ini dapat merehatkan bayi serta dapat membantu bayi anda tidur dengan lebih lena dan selesa. Bedungkan bayi anda selepas mandi. Bedung dengan selesa ya. Jangan terlalu ketat sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepadanya.

 

  • Amalkan Sentuhan Magis

Apa yang ‘magic’ tu? Percaya atau tidak, bayi pun perlukan urutan badan sebelum tidur. Kajian dari Universiti Miami melaporkan, bayi dan kanak-kanak yang diurut sebelum tidur selama 15 minit mampu untuk tidur lena tanpa terjaga.

 

  • Mainkan Bunyi-bunyian Yang Menenangkan

Lagu-lagu tradisi yang menenangkan dapat mengimbaukan kembali bayi anda ketika di dalam rahim anda. Degupan jantung dan darah yang mengalir di dalam badan anda membuatkan bayi anda sudah biasa dengan bunyi-bunyian. Bagi muslim, alunan zikrullah dan ayat suci al-quran sudah tentu menjadi pilihan utama buat para ibu dan bapa.

 

  • Buaikan Bayi Anda

Pergerakan buaian atau kerusi tidur bayi boleh membuatkan bayi anda terbuai-buai sehingga tertidur lena. Sebab itu kita selalu lihat bayi diletakkan di dalam buaian jika hendak tidur. Ayunan buaian dapat meredakan keadaan bayi dan tidak lama selepas itu bayi anda telah lena dibuai mimpi.

 

  • Ajarkan Bayi Anda Perbezaan Siang Dan Malam

Pada waktu malam, pastikan lampu sedikit malap berbanding kecerahan di waktu siang. Selain itu, suasana malam sepatutnya lebih sunyi berbanding waktu siang. Kebiasaan ini dapat membantu bayi anda tidur lena dan lebih lama di waktu malam. Serta tidur lebih singkat di waktu siang.

 

  • Biarkan Bayi Anda Tidur Semasa Menyusu

Menyusu badan merupakan perkara yang paling berharga buat si ibu dan anak. Kebiaasaannya, bayi mudah tertidur apabila menghisap susu ibunya. Hal ini kerana, hormon-hormon akan terhasil dan menimbulkan keselesaan buat bayi dan ibu.

 

  • Tidur Sekali Dengan Bayi

Kajian menunjukkan bahawa, bayi dan ibu yang mempunyai kitaran tidur yang sama boleh membantu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

 

  • Bau-bauan ibu

Maksudnya, gantikan tempat si ibu dengan baju atau apa sahaja yang boleh membuatkan bayi anda merasakan anda berada disisinya. Ketika di awal kelahiran, deria bau antara deria yang sangat tajam bagi bayi.

 

  • Elakkan Pengambilan Kafein Bagi Ibu

Kafein bukan sahaja perlu dielak ketika hamil, juga semasa anda menyusukan bayi, anda juga perlu buang senarai minuman berkafein di dalam kepala. Minuman yang mengandungi kafein terdiri dari teh, kopi dan minuman bikarbonat (minuman bergas).

Bayi akan terkesan jika minum susu ibu yang mengandungi kafein. Lebih mengerikan, badan bayi mengambil masa sehingga 97 jam untuk hilangkan kesan kafein dari tubuhnya menyebabkan bayi lebih susah untuk tidur

 

Cadangan tempat tidur bayi dari kementerian kesihatan:

  • Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
  • Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat.
  • Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
  • Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
  • Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
  • Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
  • Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
  • Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
  • Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.

 

Meskipun bayi masih kecil

Dengan melakukan cara tidurkan bayi seperti di atas, apabila sudah terbiasa, bayi akan mudah tidur. Selain itu, bayi kurang terjaga pada tengah malam dan Berjaya mendapatkan tidur yang berkualiti. Jom klik link disini.

Tips Mudah Bayi Tidur Lena

 

 

Kredit:

MomQhalif
TheZuriat

Leave a Reply

Kategori Artikel

Produk Terbaru & Terlaris Asmak Life

Shopping cart close