Apakah Itu Pregnancy Induced Hypertension (PIH)?

 

Tekanan darah tinggi ketika hamil, atau lebih dikenali sebagai Pregnancy Induced Hypertension (PIH), adalah antara masalah kesihatan yang paling membimbangkan semasa kehamilan. Ia berlaku apabila bacaan tekanan darah sistolik melebihi 140 mmHg dan diastolik melebihi 90 mmHg — biasanya selepas usia kandungan 20 minggu.

Walaupun ia sering berlaku tanpa gejala awal, PIH boleh menjadi sangat serius jika tidak dipantau, kerana ia boleh membawa kepada pra-eklampsia, eklampsia, strok, atau kematian ibu dan bayi.


 

Jenis-Jenis Hipertensi Ketika Hamil

 

  1. Hipertensi Kronik
    Berlaku sebelum hamil atau sebelum kandungan 20 minggu. Boleh berterusan selepas bersalin.

  2. Pregnancy Induced Hypertension (PIH)
    Berlaku selepas 20 minggu kehamilan dan hilang selepas bersalin.

  3. Pra-eklampsia
    PIH yang disertai dengan kerosakan organ (biasanya buah pinggang), kehadiran protein dalam air kencing dan gejala serius lain.

  4. Eklampsia
    Keadaan pra-eklampsia yang menjadi lebih serius sehingga mengakibatkan sawan.

  5. Hipertensi Kronik dengan Pra-eklampsia Bertindih
    Wanita yang sudah ada hipertensi sebelum hamil dan kemudian mengalami komplikasi pra-eklampsia.

 

 


Faktor Risiko Hipertensi Ketika Hamil

 

  • Usia ibu hamil bawah 20 atau lebih 40 tahun

  • Obesiti

  • Kehamilan kembar

  • Sejarah pra-eklampsia dalam kehamilan terdahulu

  • Jarak kehamilan terlalu jauh

  • Penyakit kronik (buah pinggang, diabetes, lupus)

  • Sejarah keluarga yang menghidap tekanan darah tinggi

 

 


Ciri-Ciri & Gejala Hipertensi pada Ibu Hamil

 

Ramai ibu hamil tidak sedar mereka mengalami tekanan darah tinggi kerana ia boleh berlaku tanpa gejala. Namun, perhatikan tanda-tanda berikut:

Ciri-Ciri Umum PIH / Pra-eklampsia:

 

  • Wajah, tangan, dan kaki bengkak (bukan bengkak biasa kehamilan)

  • Sakit kepala yang berpanjangan

  • Kabur penglihatan atau nampak bintik

  • Mual dan muntah

  • Nyeri di bahagian ulu hati atau perut kanan atas

  • Kurang kencing

  • Berat badan naik secara mendadak

  • Sesak nafas (petanda awal edema paru)

Jika ibu hamil mengalami mana-mana gejala di atas, segera dapatkan pemeriksaan kesihatan.


Bahaya Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil

 

Risiko kepada Ibu:

    • Pendarahan otak

    • Kerosakan organ dalaman

    • Risiko sawan (eklampsia)

    • Kematian ibu

Risiko kepada Bayi:

    • Pertumbuhan terbantut (IUGR)

    • Berat lahir rendah

    • Lahir pramatang

    • Kematian dalam kandungan akibat uri lekang (abruption placenta)

 

 


Rawatan dan Pemantauan

 

Rawatan Bergantung kepada:

  • Bacaan tekanan darah

  • Usia kandungan

  • Kehadiran komplikasi (pra-eklampsia)

  • Keadaan umum ibu dan janin

 

Ubat-ubatan:
Terdapat ubat tekanan darah tinggi yang selamat untuk ibu hamil seperti methyldopa, labetalol, atau nifedipine. Namun, ubat seperti ACE inhibitor dan ARB perlu dielakkan.

Pantau secara berkala:
Pemeriksaan antenatal wajib dilakukan untuk mengesan sebarang perubahan awal. Jika perlu, doktor akan membuat pemeriksaan air kencing dan darah.


 

3 Cara Mencegah dan Kawal Tekanan Darah Semasa Hamil

 

Amalan Pemakanan Sihat

  • Kurangkan pengambilan garam

  • Elakkan makanan proses (nugget, sosis, makanan segera)

  • Banyakkan sayur dan buah (bayam, brokoli, alpukat, pisang)

  • Ambil makanan tinggi magnesium (biji chia, oat)

  • Minum air secukupnya

 

Gaya Hidup Sihat

  • Rehat dan tidur mencukupi

  • Elakkan stres

  • Bersenam ringan seperti berjalan kaki

  • Elakkan minuman berkafein dan bergula tinggi

 

Pengambilan Suplemen Sokongan

 

Amalkan produk kesihatan yang menyokong tekanan darah dan kesihatan ibu secara semula jadi, seperti:

👉 Minyak Herba Asmak – membantu melancarkan peredaran darah dan mengurangkan ketegangan.

👉 Minyak Habbatus Sauda Asmak – dikenali sejak zaman dahulu untuk menstabilkan tekanan darah dan meningkatkan imuniti.

👉 Madu Halia Bentong Asmak – membantu mengurangkan loya, angin dan menyokong kesihatan jantung.


 

Kesimpulan

Tekanan darah tinggi semasa mengandung bukan perkara biasa yang boleh dipandang ringan. Ia berisiko mengancam nyawa ibu dan bayi jika tidak dipantau dengan rapi. Pastikan ibu hamil membuat pemeriksaan berkala, menjaga pemakanan, dan mendapat rehat secukupnya. Selain itu, pertimbangkan sokongan daripada produk semula jadi seperti dari Asmak Life untuk menambahbaik kesihatan secara menyeluruh.


Sumber Rujukan:

  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

  • Alodokter.com

  • HelloDoktor

  • Mayo Clinic

  • Prodia Health Lab

 

 


Ingin menyokong kehamilan yang sihat dan selamat?
Kunjungi laman rasmi kami di www.asmaklife.com untuk dapatkan produk semula jadi terbaik bagi ibu hamil.

Leave a Reply

Kategori Artikel

Produk Terbaru & Terlaris Asmak Life

Shopping cart close