Skip to main content
search
0

Apakah yang dimaksudkan dengan urtikaria?

Urtikaria atau gegata adalah keadaan di mana sebahagian kulit menjadi bengkak, menebal merah dan gatal akibat dari alahan,  atau faktor lain seperti haba atau senaman. Tambahan pula, dalam kebanyakan kes gegata ini akan hilang selepas 24-48 jam dan tidak serius. Anda mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan, tetapi ubat antihistamin boleh meringankan gejala sehingga ruam tersebut hilang.

Tahukah anda? Terdapat dua jenis urtikaria yang utama iaitu:

  • Urtikaria akut– Ia terjadi dengan tiba-tiba sahaja dan berterusan kurang daripada enam minggu
  • Urtikaria kronik – Ia terjadi bukan dengan tiba-tiba dan berterusan lebih daripada enam minggu

Untuk pengetahuan anda, gegata akut biasanya tidak akan membahayakan kesihatan berbeza dengan gegata kronik yang memerlukan perhatian yang lebih dalam perubatan.


Kredit: Hello Doktor

5 Punca berlakunya Urtikaria


1. Jangkitan bakteria/virus

Jangkitan yang dimaksudkan itu termasuklah bakteria penyebab jangkitan salur kencing (UTI) dan strep throat serta virus hepatitis dan norovirus.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Advances in Dermatology and Allergology, gegata kronik adalah disebabkan oleh beberapa jenis jangkitan.

2. Suhu terlalu sejuk

Suhu terlalu sejuk akibat iklim atau persekitaran mungkin adalah salah satu daripada penyebab urtikaria kronik berlaku.

Bagi memastikan ia adalah punca utamanya, pergilah berjumpa doktor. Iamungkin akan menjalankan ujian dengan meletakkan kiub ais di atas kulit.

3. Sentuhan kulit

Sentuhan kulit dengan sensitiser menyebabkan urtikaria setempat pada sesetengah orang. Contoh sensitiser termasuk bahan kimia, getah, kosmetik, tumbuh-tumbuhan, ‘ointment’, sengat, dan lain-lain.

4. Kerap bersenam dan berpeluh

Aktiviti fizikal mungkin memang bagus untuk kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Namun tahukah anda, ia juga boleh jadi punca urtikaria berlaku?

Hali ini kerana apabila seseorang individu itu kerap bersenam akan membuatkan banyak berpeluh dan peluh inilah yang mungkin menjadi puncanya.

Untuk mengurangkan risiko ia berlaku, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil antihistamin sebelum beraktiviti.

5. Kerap menggaru kulit badan

Setiap kali rasa gatal, sudah menjadi tindak balas normal untuk kita menggarunya namun ia mungkin hanya akan memburukkan lagi keadaan kulit.

Terlalu kerap menggaru kulit badan boleh merengsakan lalu meradangkan ia sekali gus menjadi salah satu punca gegata.

Sekiranya anda ada masalah seperti di atas segeralah dapatkan nasihat dari doktor sebelum ianya jadi lebih teruk.

Jika anda ada masalah sama seperti di atas sila klik link di sini.

Kredit:

Hello doktor
Myhealth

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu