Situasi anak mengalami kembung perut adalah situasi yang sering berlaku dalam kalangan bayi. Namun, masih ramai dalam kalangan ibubapa yang tidak tahu punca kepada masalah anak perut kembung ini. Jadi, jom kita baca panduan mengenai anak perut kembung supaya anda akan menjadi lebih arif mengenai hal kesihatan anak-anak ya.
Anak Menangis Kembung Perut? Ibu Dan Ayah Kena Ambil Tahu
Bila bayi dilahirkan, bayi dilahirkan dengan organ-organ di dalam perut seperti limpa, hati, usus, dan lain-lain lebih besar daripada ruang di dalam abdomen (abdominal cavity). Justeru, perut bayi kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya ianya normal. Lebih-lebih lagi bila bayi memang kurang dari 6 bulan.
Kembung perut selalu dikaitkan dengan colic – keadaan di mana bayi menangis tanpa henti tanpa sebab yang spesifik dan kemudian akan ok semula. Keadaan ini berulang-ulang terjadi. Namun, jangan bimbang tauuu…sebab semakin bayi besar colic ni akan kurang kekerapan dan hilang dengan sendirinya.
Mengapa Bayi Kembung?
1. Susu Yang Salah
Untuk bayi yang menyusu botol, cara pemberian susu yang salah menyebabkan bayi mudah kembung. Botol terlalu condong atau lubang pada puting terlalu besar menyebabkan bayi mudah kembung. Kalau boleh dan mampu, gunakan anticolic bottle yang terdapat di pasaran untuk kurangkan masalah colic pada bayi. Lepas minum susu pulak, jangan lupa sendawakan bayi ya.
2. Overstimulation
Baby crying – parents kissing. Kadang-kadang bila terlalu aktif akibat terlalu banyak kita stimulate kan, bayi akan menangis. Bayi mungkin berasa penat dan tertekan kerana terlebih aktif. Pujuk-pujuk bayi dengan tenang dan beri urutan lembut. In shaa Allah bayi akan lebih tenang.
3. Susu Tidak Sesuai
Sesetengah susu tidak sesuai buat bayi. Bila susu dihadam, ia menghasilkan banyak gas dan buat bayi kurang selesa.
Apa Nak Buat Bila Bayi Kembung?
Pertama, jangan panik sebab panik memang tidak membantu. Hanya bertenang, ambil nafas dan lakukan #urutan dengan menggunakan essential oil (khas untuk bayi) pada bayi di bahagian perut dan belakang. Buat teknik urutan I LOVE U untuk membantu melegakan ketidakselesaan pada perut.
Anda juga boleh mengurangkan rangsangan pada bayi dengan #membedung bayi dan masuk ke dalam bilik yang gelap. Dukung, dodoi dan tenangkan bayi sehingga tertidur. Sekiranya anda rasa susu menyebabkan anak anda kembung, #gantikan kepada susu yang lain. Bagi ibu yang menyusu badan, harus berjaga-jaga sebab pemakanan kita kadang-kadang buat bayi kembung perut.
Tanda-Tanda Kembung Perut Berbahaya!
Namun…anda perlu memastikan perut bayi anda lembut dan tidak sakit apabila ditekan. Apabila anda rasa perut bayi kembung dan keras, cepat-cepat bawa berjumpa doktor sebab kemungkinan besar bayi mempunyai masalah usus. Antara tanda-tanda lain yang harus anda waspada:
- Kurang berat badan
- Muntah-muntah
- Cirit-birit
- Najis berdarah
- Perut keras
- Bayi lemah dan tidak aktif
*Diharapkan dengan panduan mengenai masalah anak kembung perut ini, ibubapa akan menjadi lebih arif dalam menangani hal ini ya. Klik di sini untuk info lebih lanjut
Sumber: Teknik urutan i love u