Kanak-kanak mudah diserang batuk dan selesema. Batuk kahak berpunca daripada beberapa jenis penyakit termasuklah jangkitan atau alahan habuk, asap, wangian dan bulu haiwan. Terdapat beberapa petua hilangkan batuk berkahak
Selain itu, cuaca yang terlalu sejuk atau panas turut menjadi punca. Badan akan lebih mudah dijangkiti virus, bukan hanya kanak-kanak bahkan juga dewasa. Kebiasaannya, 3 hari pertama keadaan batuk berkahak terjadi sangat kerap. Namun akan mulai reda dalam beberapa hari seterusnya.
Sebagai ibu bapa kita berikhtiar dan berdoa semoga anak cepat sembuh. Jika keadaan masih tiada perubahan malah semakin teruk segeralah ke hospital. Berikut petua hilangkan batuk berkahak dengan 5 cara mudah yang boleh ibu bapa amalkan.
Madu Asli
Petua hilangkan batuk berkahak ialah kajian mendapati meminum madu bagi menghilangkan batuk berkahak pada anak lebih efektif berbanding penggunaan ubat. Madu mengandungi antioksidan yang mempu memerangi radang dalam badan. Berikan anak setengah sudu teh madu asli sebanyak 4-5 kali setiap hari. Namun, anak di bawah usia dua tahun tidak dibenarkan meminum madu kerana boleh menjejaskan kesihatannya.
Air Suam
Petua hilangkan batuk berkahak seterusnya menyembuhkan jangkitan. Air suam juga membantu meredakan tekak yang gatal-gatal dan rasa tidak selesa disebabkan oleh sinus yang mengering. Ajar anak untuk minum 6-8gelas air suam setiap hari terutama sepanjang dirinya tidak sihat.
Jus Lemon
Kajian mendapati jus lemon atau air perahan lemon membantu mengatasi batuk berkahak pada anak di samping menyembuhkan jangkitan di saluran pernafasan. Berikan satu sudu teh jus lemon setiap tiga jam. Berikan anak segelas air putih selepas meminum jus lemon kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi.
Madian Lemon
Letak hirisan lemon ke dalam air mandian. Bau lemon dipercayai membantu mengeringkan hingus. Aromanya juga cukup menenangkan.
Kunyit
Terkenal dengan antibiotik semula jadi sama seperti bawang putih. Tumbuk kunyit sehingga lumat kemudian sapu pada dahi dan batang hidung anak. Buat dengan yakin, dengan izin-Nya selesema akan sembuh.
Selamat Mencuba 🙂
Sekiranya anda sedang mencari produk untuk membantu melegakan batuk & selesema, klik sini.
Sumber : Nona