Kulit bayi yang lembut dan sensitif mudah mengalami ruam, terutamanya disebabkan cuaca panas, kelembapan atau iritasi seperti air liur dan peluh. Antara yang paling biasa ialah ruam panas dan ruam di wajah. Walaupun tidak serius, ruam ini boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bayi.
Apa Itu Ruam Panas?
Ruam panas muncul sebagai bintik merah kecil seperti digigit nyamuk, biasanya di kawasan seperti leher, dada, bawah lengan atau celah paha. Ia terjadi apabila saluran peluh tersumbat, terutama dalam cuaca panas dan lembap.
Jenis-jenis Ruam Panas:
Miliaria kristalina – bintik jernih kecil.
Miliaria rubra – bintik merah dan gatal.
Miliaria pustulosa – bintik bernanah kecil.
Miliaria profunda – bintik lebih dalam di bawah kulit.
Punca Ruam Bayi:
Cuaca panas dan persekitaran tertutup
Pakaian tebal dan tidak menyerap peluh
Lelehan susu, air liur atau makanan
Udara berhabuk atau fabrik yang kasar
Tanda-tanda Ruam Panas:
Bintik merah kecil yang “menggerutu”
Biasanya di lipatan kulit atau kawasan tertutup
Bayi merengek, tidak selesa
Tidak disertai demam (jika demam, rujuk doktor)
7 Petua Semula Jadi Hilangkan Ruam Bayi
Jika ibu bapa ingin elakkan bahan kimia, berikut petua semula jadi yang selamat dan mudah:
Yogurt
Kaya probiotik, bantu sistem imun & kurangkan radang seperti ekzema.Oat
Antioksidan semula jadi – kisar jadi pes, sapu pada ruam.Lidah Buaya (Aloe Vera)
Sejuk & anti-radang. Guna gel segar dari daun untuk elak bahan tiruan.Timun
Menyejukkan kulit & lembut untuk kulit sensitif bayi.Kulit Pisang
Sejukkan dahulu, kemudian sapu pada ruam. Petua mudah dan murah.Daun Semambu (Neem)
Antikulat dan antiradang – kisar daun dengan air dan sapu.Minyak Zaitun
Mengandungi antioksidan & vitamin E. Bersih & pulihkan kulit bayi.
Langkah Pencegahan & Rawatan Tambahan
Gunakan pakaian longgar dan fabrik kapas
Pastikan kulit bayi sentiasa kering
Gunakan Bedak Asmak & Minyak Herba Asmak
Pastikan bilik bayi berventilasi baik
Rujuk doktor jika ruam berair, bernanah atau tidak sembuh selepas 3-4 hari
Nota Penting:
Sentiasa buat ujian kecil pada kulit bayi sebelum mencuba mana-mana bahan semula jadi, untuk elakkan reaksi alahan.
Sumber & Kredit:



