MADU ialah makanan yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Ia juga digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia. Madu juga merupakan sejenis bahan semula jadi yang mempunyai pelbagai jenis kebaikan. Khasiat madu ini sememangnya terkenal dari turun temurun terutamanya dalam kalangan wanita. Sukatan madu yang diberikan kepada bayi lebih dari satu tahun haruslah dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Madu yang asli dan berkhasiat ini ialah madu yang diambil dari sarang kelulut.
Tahukah anda apa isi kandungan yang terdapat dalam madu ?
Kandungan utama dalam madu ialah glukosa dan fruktosa. Namun demikian, ia juga mengandungi bahan-bahan alami yang lain seperti vitamin C, ‘chrysin’, ‘pinobanksin’, ‘catalase’ dan ‘pinocembrin’. Selain itu, madu juga mempunyai kuantiti air yang sangat sedikit.
Tambahan pula, madu sama ada boleh di lulur atau digunakan terus melalui lidah. Antara 10 kebaikan madu bagi bayi setahun ke atas adalah seperti di bawah. Jom sama-sama kita ketahui.
1. Pertumbuhan rambut yang sihat.
Hal ini kerana madu mengandungi zat -zat yang penting bagi memastikan rambut bayi tumbuh dengan cantik dan halus serta kelihatan sihat.
2. Melembutkan kulit.
Kegunaan ini memang tidak dapat dinafikan kerana madu akan membantu membentukkan kulit yang cantik dan berseri. Kulit juga akan berasa lembut sahaja apabila amalan ini dipraktikkan selalu.
3. Berfungsi sebagai antioksidan.
Antioksidan yang diperoleh dari madu ini dapat membantu memastikan tidak berlaku sebarang masalah yang tejadi dalam badan yang disebabkan oleh molekul ‘free radicals’.
4. Mengandungi mineral yang penting untuk tumbesaran badan.
Tumbesaran bayi amatlah penting dan itu merupakan perkara yang selalu dipentingkan oleh ibu bapa. Dengan pemberian madu, tumbesaran setiap bayi akan menjadi lebih efektif serta hasilnya memang memuaskan.
5. Membantu melegakan batuk.
Madu dapat membantu melegakan batu kerana ianya mengandungi ramuan yang akan mengurangkan irritasi yang boleh membantu mencegah masalah batuk ini.
6. Menghilangkan lendiran di kerongkong.
Lendiran di kerongkong sememangnya sesuatu yang sangat memudaratkan. Ia dapat dibantu dengan memberikan bayi madu ini supaya lendiran tersebut dapat dikurangkan dan ianya tidak menyebabkan bayi menangis selalu.
7. Mencairkan kahak yang pekat.
Kahak yang pekat bagi bayi ini selalunya sesuatu yang membimbangkan kerana ia boleh mengakibatkannya menjadi tersumbat dan bayi mengalami masalah sukar bernafas. Dengan pemberian madu, kahak pekat dapat dicairkan dan tiada masalah pernafasan yang akan berlaku.
8. Berfungsi sebagai ‘laxatives’.
Bayi yang mengalami masalah sembelit dapat dibantu dengan pemberian madu kerana ia akan membantu melembutkan najis dan mengeluarkannya dengan lancar tanpa sebarang masalah.
9. Perkembangan otak yang mantap.
Perkembangan otak sangat penting bagi bayi yang baru lahir. Hal ini kerana ianya merupakan organ terpenting dalam badan. Berikutan pemberian madu, IQ anak akan dapat dibaikkan dan sekali gus dapat memantapkan perkembangan otak.
10. Kuatkan sistem imun bayi.
Madu mengandungi vitamin C dan ini merupakan sumber utama untuk mencipta sistem imun yang kebal. Sememangnya dalam hal ini madu dapat membantu dan menghindari sebarang jangkitan.
Akhir sekali, berdasarkan semua khasiat madu diatas, sudah terang lagi bersuluh bahawa madu mempunyai lebih dari sejuta manfaat. Bagi mereka yang sangat mementingkan kesihatan diri dan mahukan kecantikan luar dan dalam, madulah jawapannya. Selain itu, perlu juga diingatkan walaupun madu mempunyai banyak kebaikan dan khasiat, anda haruslah elakkan memberi kepada bayi berusia setahun ke bawah. Sekiranya perlu berjumpa doktor, pergi untuk mendapatkan nasihat dari yang lebih pakar.
Jika anda berminat dengan Madu Asmak, sila tekan link di sini.
Kredit: