Skip to main content
search
0

Bedung bayi atau membuat balutan kepada bayi anda yang baru lahir boleh membantunya untuk tidur lena dan mengurangkan kebarangkalian si manja untuk terjaga. Bedung bayi sebenarnya amat mudah untuk dilakukan, namun masih terdapat beberapa peraturan atau cara bedung bayi yang perlu diikuti untuk keselamatan si manja. Amalan berbedung adalah untuk bayi yang sangat muda – bermula seawal daripada kelahiran sehingga ketika mereka mula menunjukkan tanda-tanda boleh meniarap atau berguling (biasanya 4 hingga 6 bulan tetapi kadang-kadang lebih muda daripada tempoh tersebut).


Ibu bapa baharu sering belajar bagaimana untuk membedung bayi mereka daripada jururawat di hospital.Selimut yang dibalut di sekeliling badan bayi anda boleh menyerupai rahim ibu dan membantu menenangkan bayi baru lahir anda. American Academy of Pediatrics (AAP) menyatakan bahawa apabila berbedung dilakukan dengan betul, ia dapat menjadi teknik yang efektif untuk membantu menenangkan bayi dan menggalakkan si manja untuk lebih mudah tidur.

1.Pilih jenis kain bedung yang selesa

Terdapat pelbagai variasi corak dan warna bedung yang terdapat dipasaran pada masa kini sehingga menyebabkan para ibu rambang mata dalam membuat pilihan. Namun, fokus utama yang perlu menjadi pilihan ialah memilih kain bedung yang selesa dan bersesuaian dengan bayi. Maksud bersesuaian disini ialah pemilihan kain fabrik bedung tersebut haruslah bersesuaian dengan iklim di Malaysia. Pemilihan kain bedung yang terlalu tebal boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bayi dan boleh mendatangkan masalah ruam.

 

2. Memastikan ada sedikit ruang

Memberikan sedikit ruang pada bedung bayi amat penting supaya kaki dan pinggul dapat bergerak dengan bebas. Menurut pakar, masalah seperti hips displasia dapat dielakkan apabila memakaikan bedung pada bayi dengan betul. Hips displasia ialah masalah yang berlaku pada sendi pinggul, dimana bahagian atas tulang paha tidak berada pada soketnya. Dalam jangka masa panjang, keadaan ini akan menjejaskan perkembangan sendi kaki dan pinggul bayi. 

3. Kemaskan bahagian atas bedung

Memberi kelonggaran pada bahagian atas dan memberi lebih perhatian pada bahagian bawah, iaitu kaki merupakan cara yang salah. Perkara ini sering kali berlaku dalam kalangan ibu bapa dan ianya perlu dielakkan. Cara yang betul ialah dengan memastikan bahagian lengan bayi anda dibedung dengan kemas dan dililit rapi. Sekiranya kain bedung bahagian atas terbuka, tanpa disedari ia boleh menjadi faktor bayi lemas atau Sudden Death Infant Syndrome (SIDS).

4.  Posisi tidur yang betul

Bayi anda perlu diletakkan pada posisi tidur yang betul agar risiko kematian bayi dapat dielakkan. Dengan cara meletakkan bayi anda di belakang posisi anda setiap kali anda tidur, risiko tersebut dapat dielakkan. Menurut kajian, risiko SIDS dan sesak nafas berlaku ketika bayi dibedung dan diletakkan pada posisi yang salah iaitu meletakkan bayi anda pada atas perut.

5. Elakkan membedung bayi terlalu lama

Proses tidur bayi akan menjadi lebih mudah apabila kita membedung bayi. Namun sekiranya bayi menunjukkan rasa tidak selesa dan sukar tidur tanpa dibedung, ibu bapa boleh terus membendung bayi anda untuk beberapa bulan lagi. Namun begitu, membedung bayi dalam tempooh yang terlalu lama harus dielakkan kerana ianya boleh menjejaskan proses pengembangan fizikal dan otot bayi anda. 

Membedung bayi dapat memberi sentuhan kasih sayang antara kulit ke kulit antara ibu dan bayi dengan lebih kerap. Perkara ini amat baik kerana ianya dapat mengeratkan lagi hubungan si manja bersama si ibu dan membuatkan bayi anda rasa lebih selesa apabila melihat anda. Ilmu pengetahuan cara membedung juga merupakan perkara yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa supaya bayi anda akan merasa lebih aman dan selamat dengan membungkus bayi dengan kemas. Namun, tanpa pengetahuan ini, bayi anda mungkin akan mengalami hip displasia.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kelengkapan ketika berpantang, klik sini. 

Kredit:
The Asian Parent
Hello Doktor

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu