Kencing manis merupakan satu keadaan apabila paras glukos sangat tinggi dalam darah yang berpunca daripada kekurangan daya keberkesanan insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas. Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari salur darah dalam sel badan. Sekiranya anda mengalami penyakit kencing manis, glukos dalam darah tidak dapat memasuki sel-sel berkaitan, ia akan terkumpul dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi. Ia merupakan antara penyakit yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia sejak dulu lagi. Kencing manis atau nama lain ialah Diabetes sering dikatakan berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang dan ada juga mengaitkan dengan faktor genetik dimana orang menggelarkan ia sebagai penyakit keturunan. Ia kan berjangkit dari generasi ke generasi, namun hakikatnya gaya hidup dan apa yang diamalkan dalam pemakanan harian yang menentukan individu itu akan terdedah atau tidak dengan risiko mendapat serangan kencing manis. Merawat kencing manis boleh menggunakkan pelbagai alternatif atau Petua Hilangkan Kencing Manis sama ada secara moden mahupun tradisional.
Banyak tip atau petua yang anda boleh amalkan untuk hilangkan kencing manis, dan petua ini juga sangat senang untuk anda ikuti. Hanya menggunakan bahan yang sedia ada di rumah sahaja dapat menghilangkan kencing manis. Kencing manis jika dibiarkan boleh menjadi parah dan boleh mengundang maut. Jom ikuti petua hilangkan kencing manis dengan mudah.
- Lidah Buaya
Terdapat beberapa kajian awal yang menyarankan pengambilan jus lidah buaya berupaya meningkatkan kadar glukos dalam darah, sekaligus merawat kencing manis. Ikuti caranya,
- Ambil 1 batang lidah buaya
- Bersihkan dan kupas kulit serta durinya
- Rendamkan selama 30 minit bersama air garam
- Ramas dan bilaskan dengan air
- Rebuskan bersama 3 gelas air sehingga mendidih
- Setelah itu, biarkan setika sehingga sejuk
- Amalkan minuman ini 3 kali sehari sebanyak ½ gelas
- Lakukan ia secara konsisten supaya paras gula dapat dipulihkan menjadi normal kembali
- Jus Peria Katak & Epal Hijau
Buah ini mengandungi tiga zat aktif bersifat anti-diabetes termasuklah charatin telah disahkan mempunyai kesan merendahkan kadar glukos dalam darah, vicine dan sebatian insulin yang dikenali sebagai Polipeptida-P. Peria juga mengandungi lektin yang menurunkan kemampuan glukos dalam darah yang bertindak balas dengan tisu utama dan menghilangkan selera makan individu. Lektin ini menjadi punca utama kepada perkembangan hipoglikemik. Salah satu cara yang boleh diamalkan dengan penggunaan peria katak dalam merawat diabetes ialah membuat jus peria katak bersama epal hijau. Penyediaan jus ini bermanfaat kepada pesakit untuk menurunkan bacaan gula dalam darah. la bagi memastikan kadar gula dalam paras normal dan terkawal.
- Kulit Kayu Manis
Kayu manis mampu mengawal paras glukos dalam darah dan ejen terbaik dalam melawan serangan penyakit diabetes ke atas tubuh badan kita. Banyak kajian telah menyarankan penggunaan kayu manis dalam meningkatkan paras glukos dalam darah dan juga meningkatkan keupayaan insulin darah. Selain dari menjadi ejen terbaik untuk antioksidan badan, kayu Manis juga berupaya mencegah gejala diabetis. la membantu dalam menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan tahap kepekaan badan kepada insulin dalam darah menjadi lebih baik dan supaya a mampu menyeimbangkan kadar gula yang diperlukan badan. Dengan mengamalkan kayu Manis dalam pemakanan, ig akan membantu mengurangkan jumlah glukos dalam darah dan a sangat berkesan bagi penghidap diabetes. Dengan itu, mereka dapat mengawal paras gula dalam darah sekaligus melawan penyakit tersebut.
- Halia
Petua merawat kencing manis seterusnya adalah dengan menggunakan halia. Ia berupaya membantu pesakit diabetes dalam mengawal kadar glisemik, penghasilan insulin dan mengelakkan masalah katarak pada mata. Sejak berzaman, halia telah dipraktikkan dalam perubatan dan menjadi bahan utama masakan dalam kalangan masyarakat Asia. Halia juga membantu dalam meningkatkan kepekaan insulin dan melindungi individu daripada penyakit diabetes. Satu kajian berkaitan dengan penyakit kencing manis tahap 2 membuktikan bahawa 2g serbuk halia diperlukan setiap hari dapat menurunkan paras gula dalam salur darah sebanyak 12%. la juga dapat meningkatkan kadar gula dalam tempo jangka masa panjanga seperti HbAlc (hemoglobin glikasi) sekaligus menyebabkan penurunan sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu. Ada juga kajian mendapati, halia amat berguna dalam menjadi sumber anti-diabetes dan boleh diamalkan setiap hari bagi mengelakkan penyakit ini berlaku.
- Ginseng
Terdapat beberapa kajian terdahulu telah membuktikan bahawa ginseng Amerika berupaya membantu dalam penurunan kadar glukos darah ketika berpuasa. Ginseng dikatakan berupaya meningkatkan daya imunisasi dan mampu menurunkan kadar glukos bagi penghidap diabetes.
- Daun Kari
Daun kari membantu menstabilkan tahap glukos darah dan memberi kesan kepada metabolism karbohidrat. Kajian yang diterbitkan dalam penyelidikan pembangunan Jurnal Antarabangsa tentang kesan kari daun pada jenis diabetes 2 menunjukkan daun kari mengandungi fitokimia. Bahan ini membantu mengawal tahap gula darah pesakit diabetes jenis 2 dengan mengurangkan paras gula darah pesakit kencing manis. Sifat antioksidan yang menakjubkan dari daun kari dapat meningkatkan pengeluaran sel pancreas sehingga meningkatkan fungsi insulin.
- Halba
Melalui kajian sains moden, dan juga dari perkongsian perubatan tradisional biji halba mempunyai manfaat bear sebagai bat kencing manis alternatif. Biji Halba membantu menurunkan gula darah. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa biji halba membantu menurunkan gula darah dengan memperlahankan proses pencernaan makanan dan memperlahankan penyerapan karbohidrat dalam usus kecil.
- Bawang Putih
Membantu mengurangkan tahap kolesterol tinggi, antara masalah utama yang sering dihadapi oleh pesakit kencing mans. Pengambilan bawang putih secara oral menurunkan serum glukosa, kolesterol, trigliserida dan banyak lagi bahan lain dalam badan penghidap diabetes.
- Bunga Cengkih
Rempah ini mengandungi 30% daripada fenol antioksidan dalam berat kering, bersama dengan antioxidants anthocyanin dan quercetin. Akibatnya, ulas mempunyai antiseptik serta sifat kuman. la juga menawarkan faedah kesihatan anti-radang, analgesik dan pencernaan untuk pesakit kencing manis. Dalam kajian yang di lakukan pada masa lalu, cengkih dapat membantu mengawal paras gula, trigliserida dan paras kolesterol LDL dalam darah pesakit kencing manis.
Gaya hidup sihat ini boleh dimulakan secara berperingkat jika anda merasakan sukar untuk meninggalkan makanan manis dan gula putih secara mendadak. Anda juga boleh mencuba alternatif sihat yang lain seperti menggantikan gula putih dengan pemanis semulajadi Stevia. Pemanis semulajadi Stevia adalah 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula tebu dan tidak mempunyai kalori (zero calorie). Ekstrak stevia, selain digunakan sebagai pemanis dalam makanan dam minuman, ia juga mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan. Hentikan pengambilan gula pasir, pengambilan gula pasir yang terlalu banyak akan mengundang banyak penyakit yang teruk dan sukar dirawat semula.
Pepatah melayu pernah berkata ” Mencegah lebih baik dari merawat”
Kredit : Bidadari