Skip to main content
search
0

Sakit mata merupakan gejala yang lazim dirawat lebih-lebih lagi di peringkat klinik. Ia boleh dihidapi oleh pelbagai lapisan umur tanpa mengira jantina.

Kebanyakan punca sakit mata boleh dirawat menggunakan ubat- ubatan dan tidak disebabkan oleh penyakit berbahaya yang boleh menyebabkan komplikasi seperti hilang penglihatan.

 

Kredit: Kasih petua

Selain itu, mata yang merah beserta kesakitan merupakan petanda masalah mata yang serius dan memerlukan perhatian perubatan dengan segera. Jika rawatan ditangguhkan ia boleh menyebabkan kebutaan kekal.

Penyebab mata merah beserta kesakitan yang biasa berlaku termasuk Ulser Kornea, Glaukoma Akut dan Uveitis.


Apakah punca-punca sakit mata?

Apabila berjumpa dengan doktor, terdapat dua jenis sakit mata yang akan dikenal pasti. Antaranya ialah jenis sakit mata orbital iaitu sakit pada bahagian mata yang terletak didalam rangka mata atau jenis sakit mata okulus iaitu sakit pada bahagian diluar rangka mata seperti kanta mata.

Sakit mata jenis orbital adalah:

1. Glaukoma

Selain daripada pedih mata , penyakit ini juga boleh menyebabkan gejala mual, sakit kepala dan kehilangan penglihatan. Penyakit ini adalah disebabkan peningkatan tekanan pada intraokular atau tekanan dalam mata.

Jika peningkatan tekanan ini mendadak, ia akan menyumbang kepada komplikasi iaitu Glaukoma jenis sudut tertutup akut sehingga boleh menyebabkan kehilangan penglihatan buat selama-lamanya.

2. Radang saraf optik

Saraf optik merupakan saraf yang mencamtumkan mata dan otak. Apabila dijangkiti kuman atau virus, keradangan pada saraf optik boleh terjadi sehingga menyebabkan gejala seperti sakit mata dan kehilangan penglihatan terjadi. Penyakit autoimun juga boleh menyebabkan kondisi ini.

3. Radang sinus

Radang sinus boleh menyebabkan mata yang sakit kerana tekanan pada belakang mata semakin meningkat.

4. Migrain

Masalah sakit kepala ini juga boleh menyebabkan gejala ini berlaku walaupun tidak kerap.

5. Trauma

Kecederaan adalah antara punca gejala ini tidak kira samada kecederaan yang menembusi mata atau hanya pada luaran sahaja.

6. Radang Iris

Keradangan pada lapisan iris boleh menyebabkan sakit pada bahagian dalam mata.

7. Radang kulit di bahagian orbit (Orbital cellulitis)

Penyakit ini menyebabkan gejala sakit mata bengkak dan amat berbahaya kerana boleh mengganggu penglihatan.

Sakit mata jenis okulus adalah:

8. Benda asing

Apabila terdapat benda asing pada mata, hal ini akan menyebabkan keradangan dan kesakitan pada bahagian mata.

9. Radang pada selaput konjungtiva

Penyakit ini menyebabkan sakit mata bertahi, berlendir, demam, merah dan berair. Konjunktiva merupakan selaput pada bahagian paling luar mata. Bahagian ini mudah dijangkiti atau mengalami keradangan. Punca radang konjungtiva termasuklah jangkitan virus, kuman, alahan dan sebagainya.

10. Lelas pada kornea

Kornea adalah lapisan yang jelas yang menyelaputi mata. Ia mudah terdedah pada kecederaan.

11. Radang kelopak mata/ Blefaritis

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar yang menghasilkan minyak pada kelopak mata dijangkiti kuman atau mengalami keradangan.

12. Ketuat

Masalah ini boleh menyumbang kepada gejala mata yang sakit kerana iritasi daripada ketuat tersebut.

 

Akhir sekali, sekiranya anda mempunyai masalah sakit mata atau mata kemerahan teruslah berjumpa dengan doktor atau pakar sebelum ianya menjadi lebih teruk.

Jika anda ada masalah sama seperti di atas sila klik link di sini.

 

Kredit:

myhealth

doctoroncall

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu