Pernahkah anda mengalami lebam di bahagian anggota badan anda? Bagaimanakah perkara ini terjadi? Bahaya atau tidak apabila berlakunya lebam? Perkara ini seringkali menjadi tanda tanya ramai dalam kalangan masyarakat kita. Lebam pada tubuh badan seseorang muncul kerana pelbagai sebab. Ramai yang cenderung untuk mempercayai bahawa lebam dan hematoma adalah satu fenomena yang sama. Namun, sebenarnya, terdapat perbezaan tertentu. Jom ketahui lebih lanjut tentang perkara ini dan cara mengurangkan kesan lebam.
Memahami Punca Lebam
Lebam ialah perubahan warna kulit yang biasa berlaku disebabkan salur darah kecil pecah dan mengeluarkan darah pada bawah kulit selepas kecederaan. Darah dari salur darah yang terjejas di bawah kulit terkumpul pada bahagian berhampiran permukaan menunjukkan warna biru dan hitam. Tanda ini adalah dari perubahan warna kulit oleh sel darah merah dan kandungannya. Sebagai contoh jika kita jatuh, tangan atau kaki terkena dinding dan lebam. Saluran darah pada bahagian tangan tersebut telah pecah dan menyebabkan darah masuk dan berkumpul dalam tisu yang terlibat. Ini menyebabkan kawasan tersebut menjadi lebam/bengkak.
Peringkat Lebam
Pakar mengenalpasti peringkat lebam yang berbeza mengikut jenis kecederaan. Pada peringkat pertama dimana kecederaan kecil di bahagian kulit yang membuat seseorang merasa sakit ringan dan kemudian lebam selama beberapa hari. Seterusnya, pada peringkat kedua dimana seseorang mengalami kecederaan yang sedikit teruk sehingga warna lebam agak pekat. Kecederaan ini selalunya melibatkan kecederaan otot.
Peringkat lebam ketiga adalah kecederaan pada otot yang serius. kecederaan ini kadang-kala boleh merisikokan seseorang kerana kumpulan darah yang diluar saluran yang membentuk lebam itu tidak surut dan memerlukan rawatan yang serius.Tahap paling serius ialah peringkat kecederaan keempat. Dalam kes ini, bahagian anggota yang rosak akan kehilangan fungsi mereka.
Kredit: odisi.my
Cara mengurangkan kesan lebam
Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan dan menghilangkan kecederaan. Namun, harus diingatkan bahawa cara ini digunakan apabila berhadapan dengan ‘soft tissue injury’ dan ianya mampu mengurangkan sedikit sebanyak perjalanan darah ke bahagian badan yang terlibat.
- Rest(rehat)
Maksud ‘Rest’ di sini adalah tidak menggunakan anggota badan yang terlibat dengan kecederaan tersebut. Ini kerana pergerakkan anggota yang terlibat akan menambah pergerakkan darah ke kawasan tersebut. Ia bole menyebabkan bengkak semakin bertambah. - Ice
Gunakan Ais dan letakkan pada bahagian yang bengkak. Suhu ais yang sejuk akan menyebabkan saluran darah mengecut. Ini mengurangkan lagi pergerakkan darah kepada anggota badan yang cedera itu. Maka, bengkak yang terhasil tidak terlalu teruk. - Compression(Tekanan)
Gunakan ais tadi dan tekankan pada bahagian yang bengkak. Tekanan pada bahagian yang cedera juga akan menyempitkan saluran darah. Sama seperti kalau kita tekan getah paip, ia akan merencatkan pergerakkan darah ke tempat yang kita tekan. - Elevation (Tinggikan)
Anggota badan itu perlu ditinggikan sedikit daripada aras badan. Ianya juga bertujuan untuk mengurangkan perjalanan darah ke kawasan yang terlibat.
Ini merupakan mneumonic yang selalu digunakan untuk merawat pesakit yang baru sahaja mengalami kecederaan tisu ataupun otot.
Kecederaan atau kemalangan kecil yang menyebabkan lebam boleh dikurangkan dengan cara-cara seperti di atas, namun sekiranya lebam di kawasan kulit anda berlarutan sehingga lebih dari 2 minggu, adalah disarankan untuk anda terus berjumpa dengan doktor. Keadaan seperti lebam semakin besar atau pekat tanpa sebab atau menyebabkan anda sukar untuk menggerakkan sendi, ataupun keadaan lebam anda lebih serius dari itu, anda mungkin perlu segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat atau keadaan anda itu mungkin memerlukan rawatan dengan segera. Jaga diri, jaga keselamatan agar kemalangan-kemalangan sebegini dapat dielakkan.
Anda ingin cuba mengurangkan lebam dengan menggunakan Minyak Herba Asmak, boleh klik sini.
Kredit: