Skip to main content
search
0

Sesak nafas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal. Selain itu, sesak nafas boleh berlaku secara kronik. Sesak nafas juga boleh datang secara tiba-tiba dan hilang dalam jangka masa beberapa hari setelah mendapat rawatan. Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangka masa yang lama. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk mengetahui gejala-gejala sesak nafas ini beserta rawatan supaya perkara yang lebih teruk dapat diatasi.

 

Oleh itu, hal ini perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.

 

sesak nafas

  1. Sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism(darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru) .
  2. Sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, kemungkinan andamenghidapi serangan asma atau jangkitan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit.
  3. Sesak nafas yang berterusan dan semakin teruk disertai dengan sejarah pendedahan kepada asap rokok, habuk dan semburan bahan kimia anda mungkin menghidapi penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COPD).
  4. Bengkak dan mengalami sesak nafas semasa baring mendatar, kemungkinan andamengalami kegagalan jantung (heart failure).
  5. Jika anda cepat berasa letih, kelihatan pucat dan sesak nafas terutamanya bila melakukan aktiviti fizikal, anda mungkin mengalami anaemia.
  6. Bernafas dengan cepat disertai dengan rasa pening atau berasa kebas pada tangan atau sekitar mulut, kemungkinan anda mungkin mengalami hyperventilation (bernafas keterlaluan biasanya disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan dan tekanan emosi).
  7. Jika anda demam, disertai hingus berair dan batuk berkahak kemungkinan andamengalami jangkitan saluran pernafasan (bronchitis) atau jangkitan paru-paru (pneumonia).

 

Selalunya pesakit akan dirawat seperti biasa bagi mereka yang sesak nafas. Iaitu pesakit akan diberikan gas oksigen melalui tiub.

Jika keadaan terlampau teruk berserta bacaan oksigen yang rendah, pesakit akan ditidurkan dan tiub akan dimasukkan ke dalam saluran pernafasan untuk membantu pesakit. Rawatan spesifik sesak nafas bergantung kepada punca masalah tersebut.

Sebagai contoh:

  • Jangkitan paru-paru:Pesakit selalunya akan diberikan antibiotik
  • Pulmonary embolism:Pesakit akan diberikan ubat cair darah untuk mencairkan darah yang menyumbati saluran paru-paru
  • Asma:Selalunya pesakit akan diberikan ubat pam untuk membuka saluran pernafasan yang sempit.
  • Serangan sakit jantung:Pesakit akan diberikan ubat cair darah untuk mencairkan darah beku yang menyumbati salur darah
  • Lemah jantung:Pesakit yang mengalami lemah jantung sering kali akan mempunyai air yang berlebihan di dalam badan. Pesakit akan diberikan ubat untuk melawaskan air kencing supaya kurangnya air dalam badan. Oleh itu, ia tidak akan terkumpul di dalam paru-paru
  • Penyakit Gastrik:Selalunya pesakit akan diberi ubat alkali untuk meneutralkan asid dalam perut

 

Akhir sekali, sekiranya sesak nafas anda berterusan dan menjadi semakin serius, anda perlulah segera berjumpa dengan doktor atau yang lebih pakar untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sekiranya anda mengalami masalah yang sama dan ingin mencari produk untuk mengurangkan masalah sesak nafas klik di sini.

 

Kredit:

  1. diagnosa.com
  2. myhealth.gov.my

 

 

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu