Minyak zaitun adalah sejenis minyak yang diperoleh dari buah zaitun. Ianya merupakan pokok tradisional dari lembah Mediterranean dan ianya sudah digunakan sejak berkurun dahulu.Pokok zaitun menjadi simbolik kepada ekonomi, kesihatan dan digunakan dalam masakan diet Mediterranea ini disebarkan penggunaannya ke Mexico, Argentina, dan Uruguay di Amerika Latin oleh pendatang Sepanyol. Orang Itali kemudiannya membawa pokok zaitun dan menyebarkannya ke Australia. Sejak daripada itu, kewujudan zaitun sudah tidak asing lagi di seluruh dunia. Sehingga kini terdapat banyak jenis minyak zaitun dengan cara penggunaannya yang berbeza yang boleh didapatkan dalam pasaran sekarang.
Lambakan pelbagai jenis minyak zaitun yang mudah untuk didapati membuatkan ramai pelanggan merasa keliru untuk memilih yang mana satu. Mengambil tahu jenis-jenis minyak zaitun amat penting agar dapat digunakan dengan cara yang betul. Perbezaan minyak-minyak zaitun ini juga menentukan kualiti minyak zaitun yang sedia ada di pasaran. Antara jenis minyak zaitun yang biasanya dijumpai dalam pasaran ialah:
1. Minyak Zaitun Organik Asli (Extra Virgin Olive Oil)
Minyak zaitun organik asli dihasilkan dengan menggunakan tekanan mekanikal tanpa haba dan bahan kimia untuk mengasingkan bahagian cecair dan pepejal.Minyak zaitun jenis ini merupakan minyak zaitun yang berkualiti tinggi dan mengandungi kadar keasidan kurang dari satu peratus.
Oleh itu, kualiti dan nutrien minyak zaitun organik asli dikategorikan sebagai minyak yang sangat baik berbanding minyak zaitun yang lain. Makanan yang memerlukan aroma dan rasa minyak zaitun yang asli tanpa dimasak sangat sesuai menggunakan minyak jenis ini seperti kuah salad, sos roti, pasta, sup dan bubur.
2. Minyak Zaitun Asli (Virgin Olive Oil)
Minyak zaitun asli ialah minyak zaitun juga mempunyai kualiti yang baik selepas minyak zaitun organik asli. Keasidannya ialah 1%-4% dan dihasilkan tanpa menggunakan haba dan bahan kimia.
Minyak zaitun asli boleh digunakan untuk menumis makanan menggunakan api yang kecil dan boleh digunakan juga untuk memanggang. Ianya lebih tahan suhu berbanding minyak zaitun organik asli. Namun begitu, minyak zaitun asli masih tidak boleh digunakan untuk menggoreng disebabkan takat leburnya yang rendah.
3. Minyak Zaitun (Olive Oil)
Minyak zaitun komersial yang biasa mempunyai rasa zaitun yang kurang dan warna yang lebih cair berbanding minyak zaitun lain.Minyak zaitun ini dihasilkan dengan menggunakan bahan kimia dan haba. Oleh itu, kandungan nutriennya agak rendah berbanding dengan dua jenis minyak zaitun yang telah diterangkan tadi. Minyak ini dijual dipasaran dengan harga yang lebih murah.
4. Minyak Zaitun Ringan (Light Olive Oil)
Minyak zaitun jenis ringan atau halus mempunyai jumlah lemak dan kalori yang sama dengan minyak zaitun organik asli. Namun begitu, minyak zaitun ini dihasilkan dengan menggunakan minyak berkualiti rendah yang lebih tulin dan lebih halus yang kemuliaannya ditambah dengan sedikit minyak zaitun asli pada akhirnya.
Minyak ini menggunakan haba dan banyak proses kimia ketika dihasilkan. Disebabkan minyak ini kurang rasanya, minyak ini boleh digunakan untuk membakar, menumis dan memasak menggunakan api yang sedikit besar berbanding dengan minyak zaitun murni.
Penggunaan minyak zaitun yang dijadikan pelengkap makanan memberikan banyak kebaikan dan ianya juga boleh dijadikan alternatif sebagai pengganti lemak tidak sihat seperti lemak tepu dan lemak trans. Dengan cara penyimpanan yang betul serta penggunaanya dalam pelbagai jenis menu masakan memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan kita. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan yang sihat rohani dan jasmani dengan mangamalkan minyak zaitun yang betul.
Ingin mendapatkan produk Extra Virgin Olive Oil keluaran Asmak? Klik sini.
Kredit: