Skip to main content
search
0

Kurap atau tinea corporis adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan sejenis kulat (fungi) yang dipanggil dermatophyte. Tiga jenis dermatophyte yang dikenal pasti menyebabkan kurap adalah dari jenis Trichophyton, Microsporum dan Epidermophyton. Selain daripada menjangkiti kulit, kulat-kulat ini juga boleh menjangkiti  kuku dan rambut. Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan; sama ada dengan manusia atau haiwan yang berkurap atau dengan sebarang  objek yang mempunyai kulat di atasnya (fomites). Ia juga boleh berjangkit  secara autoinokulasi iaitu jangkitan daripada kawasan lain pada tubuh individu yang sama contohnya berjangkit di bahagian tangan atau badan akibat digaru dengan kuku jari yang dijangkiti kulat.

Keadaan kulit yang sentiasa lembap akibat pemakaian baju yang diperbuat daripada fabrik yang tidak menyerap peluh atau iklim yang lembap dan panas  menggalakkan pertumbuhan dan  jangkitan kurap.  Antara gejala kurap yang perlu anda ketahui adalah bergantung kepada sistem imun seseorang selain daripada kawasan yang terlibat sama ada jangkitan di kepala, kaki, alat sulit, kuku, dan sebagainya.  Secara umumnya, gejala yang biasa berlaku ialah:

  1. Ruam
  2. Kulit kering, bersisik, kemerah-merahan
  3. Bisul
  4. Gatal-gatal
  5. Keguguran rambut (botak)
  6. Rambut rosak
  7. Kelemumur
  8. Kuku bertukar warna kuning atau hitam serta berkeruping
  9. Ruam Kurap

Ruam yang terjadi dalam penyakit kurap biasanya dihuraikan sebagai plak asimetri bersisik yang timbul di atas permukaan kulit. Kebiasaannya ruam ini berwarna kemerah-merahan, dengan bahagian tengah yang lebih cerah berbanding sempadannya (border) yang lebih gelap. Bentuk ini dipanggil ‘central clearing’, dan dinamakan sebagai ‘ringworm’ dalam jangkitan kurap.

Komplikasi jangkitan kurap tidak serius serta jarang merebak sehingga memasuki dalam badan. Mereka yang berisiko untuk mendapat komplikasi ialah golongan yang lemah sistem imun. Rawatan buat mereka juga mengambil masa yang lebih panjang.

Antara rawatan untuk penyakit kurap boleh dirawat dengan penggunaan ubat antikulat. Jenis rawatan bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kulit yang dijangkiti, kekerapan jangkitan berulang selepas dirawat, kurap yang tidak sembuh dengan rawatan sapuan krim dan sebagainya. Sekiranya kurap hanya melibatkan kawasan kulit yang terhad, ubat dalam bentuk krim adalah yang paling sesuai. Krim-krim yang mengandungi bahan aktif seperti imidazole, allylamine, tolnaftate dan cicloprox boleh digunakan. Teknik sapuan krim yang betul harus digunakan – ubat perlu disapu di atas plak dan melebihi sempadan kurap. Rawatan perlu dilakukan dua kali sehari selama dua hingga empat minggu, bergantung pada jenis ubat yang digunakan.

Jika terdapat banyak kawasan yang dijangkiti kurap, ubat antikulat dalam bentuk kapsul atau pil adalah pilihan yang lebih praktikal. Di antara ubat antikulat yang kerap digunakan adalah fluconazole, itraconazole dan terbinafine. Walau bagaimanapun, ubat-ubat ini mempunyai kesan sampingan yang tersendiri. Ia boleh berinteraksi dengan ubat-ubat lain dan mengakibatkan komplikasi terutamanya pada sesetengah individu. Oleh itu, pastikan ubat-ubat ini diperoleh daripada pengamal perubatan yang arif tentang penggunaannya. Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli ubat-ubatan tanpa preskripsi terutamanya jika anda juga mengambil ubat-ubat yang lain.

Akhir sekali, sekiranya anda mempunyai masalah kurap yang series segeralah berjumpa dengan doktor atau yang lebih pakar untuk mendapatkan nasihat dari mereka.

Jom tekan link disini untuk dapatkan bedak Asmak untuk melegakan masalah kurap.

 

Kredit:

myhealth

doctor on call

 

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu