Jerawat boleh menggugat keyakinan seseorang dan boleh menjejaskan interaksi sosial. Kebanyakan orang tidak mengendahkannya dan tidak menangani puncanya, tetapi cara terbaik untuk mencegah dan menangani jerawat bermula dengan mengetahui masalah sebenar yang anda hadapi. Masalah jerawat yang berbeza mungkin berpunca daripada pelbagai faktor; maka itu rawatan yang diperlukan juga adalah berbeza. Lagi cepat anda mengenal pasti dan memahami jerawat, cepatlah lagi pemulihan kulit anda. Artikel ini menerangkan tentang 4 perkara penting mengenai jerawat yang wanita harus maklum.
Mengenai jerawat yang wanita harus maklum
Pori-pori kulit anda mempunyai kelenjar minyak yang menghasilkan sejenis minyak dipanggil sebum. Sebum melembapkan dan melembutkan kulit, selain bertindak sebagai satu lapisan pelindung kulit. Punca utama jerawat ialah apabila kelenjar minyak anda menghasilkan sebum secara berlebihan. Minyak berlebihan ini menyumbat pori-pori dan sejenis bakteria, dipanggil P. Acnes, akan membiak di dalam folikel liang roma anda.
Ia menjadi punca kepada jenis jerawat berikut:
1) Bebintik hitam
Bebintik hitam ialah folikel rambut yang telah tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Bebintik hitam boleh membentuk dua jenis bintik; jerawat hitam dan jerawat putih.
- Jerawat putih (bebintik tertutup)
Jika pembentukan minyak dan bakteria tidak terbuka pada permukaan kulit, ia menjadi bintik putih kecil dan keras yang dipanggil jerawat putih. Rupanya kelihatan seperti jerawat, tetapi tidak merah dan meradang. Tidak seperti jerawat, anda tidak boleh memicit isinya keluar. Jerawat putih boleh tumbuh di mana-mana pada kulit anda, tetapi biasanya tumbuh di dahi, pipi dan di kawasan bawah mata.
- Jerawat hitam (Bebintik terbuka)
Walaupun tiada ubat yang boleh menghilangkan Bebintik, anda boleh merawat atau mencegahnya. Bebintik lazimnya tumbuh pada kulit perokok berbanding bukan perokok. Kajian juga telah membuktikan bahawa diet dengan kandungan gula dan lemak yang tinggi boleh merangsang pertumbuhan jerawat bebintik. Oleh itu, sila pantau pemakanan anda dan elakkan daripada merokok. Kulit yang mengandungi air berlebihan boleh juga menjadi punca jenis jerawat ini. Jadi, jangan lupa untuk mengelupaskan kulit mati dan berhati-hati agar anda tidak melembapkan kulit secara berlebihan
- Rawatan untuk Bebintik
Walaupun tiada ubat yang boleh menghilangkan Bebintik, anda boleh merawat atau mencegahnya. Bebintik lazimnya tumbuh pada kulit perokok berbanding bukan perokok. Kajian juga telah membuktikan bahawa diet dengan kandungan gula dan lemak yang tinggi boleh merangsang pertumbuhan jerawat bebintik. Oleh itu, sila pantau pemakanan anda dan elakkan daripada merokok. Kulit yang mengandungi air berlebihan boleh juga menjadi punca jenis jerawat ini. Jadi, jangan lupa untuk mengelupaskan kulit mati dan berhati-hati agar anda tidak melembapkan kulit secara berlebihan.
2) Jerawat biasa (Papul)
Papul berlaku apabila pori-pori tersumbat meledak dan menjadi radang. Bakteria P.acnes juga merangsang keradangan dan pembentukan papul. Ia adalah bentuk luka jerawat yang paling ringan. Papul biasanya berupa seperti bintik kecil, merah atau merah jambu.
3) Jerawat Besar (Pustul)
Apabila jerawat menjadi besar dan membengkak, ia dipanggil Pustul. Jenis jerawat ini kelihatan seperti jerawat putih tetapi biasanya ia bermata dan dikelilingi tanda merah keradangan.
Rawatan untuk jerawat biasa dan besar
Kebanyakan produk rawatan jerawat mengandungi dua bahan utama; Benzoil peroksida dan asid Salisilik.
- Benzoil peroksidaBahan ini membunuh bakteria P.acnes dalam jerawat dan mencegahnya daripada membiak. Ia juga berfungsi mengelupas dan menanggalkan sebum berlebihan dan sel kulit mati, untuk mengurangkan sumbatan pada pori-pori dan menyingkirkan makanan yang ada untuk pembiakan bakteria.
- Asid salisilikAsid salisilik berfungsi untuk membuka pori-pori yang tersumbat dengan menanggalkan sebum berlebihan dan sel kulit mati. Ia dapat mengurangkan sumbatan pada pori-pori dan menyingkirkan makanan yang ada untuk pembiakan bakteria.
Kredit : Merdeka.Com
4) Jerawat yang menyakitkan (Nodul & Sista)
Jerawat yang paling sukar dirawat ialah nodul dan sista. Jerawat ini paling menyakitkan dan paling besar saiznya. Nodul ialah bintik besar dan keras yang tumbuh di dalam kulit. Sista pula, bintik bermata yang besar tetapi lembut dan rupanya seperti bisul.
Rawatan untuk Nodul & Sista
Untuk nodul dan sista, anda amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat pakar dermatologi; kerana tiada ubat untuknya yang boleh didapati di kaunter.
Ingin dapatkan produk Sabun Skrub Kopi Plus bagi merawat masalah jerawat? Klik disini.