‘Ginger’ ataupun halia telah digunakan secara meluas dalam dunia masakan tidak mengira jenis. Khasiat halia sebenarnya sangat banyak. Ciri-cirinya pula adalah pedas, berangin, rasa pahit, ringan, melekit dan tebal menjadikannya banyak digunakan dalam pelbagai aplikasi seharian.
Halia, Zingiber officinale Roscoe dipercayai berasal dari China dan kemudiannya disebarkan penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean. Antara negara yang menghasilkan banyak halia adalah India, China, Nigeria, Thailand dan Australia. Penanaman halia di Malaysia masih ditanam secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau ditanam bersama-sama dengan tanaman lain seperti nenas, getah dan minyak kelapa sawit. Antara kebaikan halia yang perlu kita ketahui ialah:
- Mengurangkan simptom loya
Halia adalah sejenis tumbuhan yang sangat berkesan dalam melegakan loya. Halia mampu membantu mengurangkan loya dan muntah terutamanya bagi yang telah menghadapi pembedahaan yang menggunakan ubat bius. Sering kali selepas pembedahan, seseorang akan mengalami rasa loya-loya dan muntah. Malah, halia sangat berkesan pada ibu mengandung yang mempunyai ‘morning sicknesses. Di dalam satu kajian, pengambilan halia 1.1g- 1.5g mampu mengurangkan simptom loya.
- Membantu sistem penghadaman
Bagi yang menghadapi masalah penghadaman seperti masalah sakit yang berulang, tidak selesa pada bahagian atas perut dan rasa senak, dengan mengambil halia mampu mengatasi masalah tersebut. Halia terkenal sebagai pembantu kepada sistem pencernaan. Kajian mendapati dengan mengambil halia dapat mempercepatkan proses pengosongan perut dan mengurangkan simptom tersebut.
- Mengurangkan kesakitan ketika haid
Sumber:limaumadu
Penggunaan halia secara tradisional telah lama diperkenalkan untuk melegakan kesakitan. Pengambilan halia mampu mengurangkan kesakitan kerana mempunyai kesan kecekapan seperti ubat tahan sakit yang lain seperti mefenamic acid, ibuprofen, and zinc sulfate. Kajian mendapati halia mampu mengurangkan kesakitan semasa awal kedatangan haid. Di mana, pengambilan halia 2 hari sebelum kedatangan haid mampu mengurangkan kesakitan akibat haid.
- Boleh membantu sistem pertahanan badan
Halia boleh membantu dalam meningkatkan imunisasi dalam badan.Dengan pengambilan hirisan kecil pada setiap hari, ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul dan tersekat di dalam saluran arteri.Paling penting, terdapat satu kompaun di dalam tumbuhan ini yang dikenali sebagai 6-gingerol.Ia adalah sejenis agen yang mampu mencegah dan membunuh sel kanser.
- Mengurangkan keradangan – Osteoarthritis.
Osteoarthritis sangat biasa berlaku dalam kalangan masyarakat. Osteoarthritis ialah apabila berlaku kemerosotan sendi pada tubuh badan sehingga terdapat simptom seperti sakit pada sendi dan sendi menjadi keras (stiffness). Pengambilan halia 500g sehari selama 3 minggu mampu mengurangkan keradangan osteoarthritis terutamanya osteoarthritis pada lutut.
- Halia boleh mencantikkan kulit wajah
Jika anda inginkan kulit wajah yang bersih, putih, lembut, bersinar-sinar dan awet muda, anda boleh amalkan pengambilan tumbuhan ini. Hanya dengan menggunakan halia dengan campuran cuka sahaja, ia dapat membantu menghilangkan kesan parut hitam di wajah lalu menjadikan kulit lebih licin serta bebas cela. Caranya, mudah sahaja. apa yang anda perlu lakukan ialah rendamkan hirisan tumbuhan ini ke dalam cuka dan simpan di dalam peti sejuk. Kemudian gosok muka anda menggunakan hirisan halia yang telah direndam tadi selama 10 minit. Selepas itu bersihkan muka dengan air bersih dan ketulan ais.
Pengambilan halia dapat membantu dengan kesihatan anda dan juga merawat berbagai-bagai masalah kesihatan. Minum air halia juga merupakan kaedah terbaik untuk kekal hidrat, di mana sangat penting untuk kesihatan anda secara keseluruhan. Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah angin dalam badan,anda boleh cuba Madu Halia Bentong,anda boleh klik disini.
Kredit