Rata-rata mereka yang mempunyai penyakit diabetes sangat sukar memilih makanan dan minuman atas faktor diet kencing manis yang perlu dipatuhi. Antara aspek pemakanan yang harus diberikan perhatian khusus adalah pengambilan gula kerana ia boleh menjejaskan tahap glukosa dalam darah pesakit diabetes. Artikel ini menyingkap 4 Tips dan Diet untuk Pesakti Diabetes mengawal penyakit diabetes atau lebih dikenali sebagai kencing manis .
Tahukah anda, sebenarnya ada satu jenis diet yang sangat sesuai buat semua pesakit diabetes dan diet ini telah wujud buat sekian lamanya. Diet ini ialah diet vegetarian.
Hal ini kerana diet vegetarian berfokuskan kepada pengambilan makanan dan minuman yang berteraskan tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang Dengan ini, pengambilan zat makanan yang sangat tinggi gula, karbohidrat dan lemak dapat dihindarkan ekoran ia adalah berbahaya buat pesakit kencing manis.
Buat pesakit diabetes jenis 1, jenis 2 atau diabetes gestasi, adalah sangat sukar bagi mereka memilih diet untuk kencing manis kerana khuatir akan keadaan diri. Dengan mengamalkan diet vegetarian, anda tidak lagi perlu risau. Berikut merupakan antara manfaat diet vegetarian.
Mengendalikan glukosa dalam darah
Diet ini mampu mengendalikan tahap gula dalam darah kerana ia melibatkan banyak pengambilan serat yang berperanan penting dalam sistem pencernaan. Diet yang tinggi dengan serat mampu melambatkan proses pencernaan sehingga makanan tersebut tidak terlalu cepat untuk diproses menjadi glukosa.
Oleh itu, pesakit kencing manis mampu untuk mengelak kadar gula dalam darah melonjak dengan drastiknya sejurus selepas waktu makan.
Kajian American Diabetes Association menyatakan bahawa pesakit diabetes yang amal diet vegetarian mengalami penurunan glukosa lebih signifikan berbanding dengan yang tidak mengambilnya.
Mengelakkan komplikasi kencing manis
Diet vegetarian ini juga dipercayai mampu mengelakkan komplikasi diabetes berkaitan kardiovaskular seperti sakit jantung, darah tinggi dan strok daripada berlaku.
Ini disebabkan oleh peraturan diet untuk kencing manis ini yang menyarankan anda untuk menghindarkan pengambilan daging yang tinggi dengan lemak.
Risiko komplikasi ini turut menjadi lebih rendah jika anda mengikuti diet vegetarian dengan lebih ketat dan langsung tidak mengambil makanan tinggi kolesterol.
Di sebalik semua manfaat yang dibawa oleh diet untuk kencing manis ini, wujud satu masalah kerana pesakit diabetes disarankan untuk mengamalkan pola makanan yang stabil.
Ini bermakna diet vegetarian yang hanya berfokuskan pada tumbuhan, membuatkan pesakit akan kekurangan nutrisi karbohidrat, lemak dan protein yang masih diperlukan oleh tubuh mereka.
Jom lihat 4 Tips dan Diet untuk Pesakti Diabetes yang bakal kami kongsikan ini supaya anda masih boleh kekal sihat jika amalkan diet vegetarian di samping menghidap diabetes!
Caranya adalah seperti berikut:
#1. Ambil karbohidrat kaya serat
Anda boleh ambil sumber karbohidrat kaya serat daripada nasi, jagung, gandum dan ubi dengan kuantiti serta kualiti yang ideal.
#2. Ambil sumber lemak yang sihat
Anda boleh ambil sumber lemak yang sihat daripada telur, ikan, susu soya dan minyak kanola dengan kuantiti serta kualiti yang ideal.
#3. Ambil sumber protein bukan daging
Anda boleh ambil sumber protein bukan daging dari tempe, tauhu, susu soya dan kacang badam dengan kuantiti serta kualiti yang ideal.
#4. Ambil suplemen vitamin dan mineral
Dapatkan sumber vitamin dan mineral seperti zat besi, kalsium, vitamin C dan vitamin B menerusi suplemen yang disarankan oleh doktor.
Diet vegetarian yang tinggi dengan serat ini juga mempunyai keupayaan untuk membuat individu itu akan berasa kenyang lebih lama dan tidak mudah berasa lapar.
Pengambilan makanan dan minuman yang rendah kalori ini juga dapat membuat individu mengekalkan berat badan di tahap ideal. Ini adalah penting kerana pesakit kencing manis sering kali dikaitkan dengan risiko tinggi mengalami masalah berat badan berlebihan atau lebih teruk, obesiti.
Kalau sekali sekala rasa nak minum manis atau makan makanan manis tu boleh cuba alternatif stevia. Stevia merupakan pilihan terbaik bagi pesakit kencing manis. Selamat mencuba !
Kredit :