Tanah liat putih atau juga dipanggil tanah liat Kaolin mempunyai sifat kimia dan fizikal yang unik yang menyumbang kepada banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh badan. Zat daripada tanah liat putih ini diperoleh daripada sumber semulajadi yang kebanyakannya terdapat di tanah yang berkembang dari cuaca kimia batu di iklim panas dan lembap. Contoh iklim yang baik adalah hutan hujan tropika. Ia juga dipanggil tanah liat China, tanah liat putih, tanah liat kosmetik putih, silikat aluminium terhidrat, tanah liat Kaolinit antara lain.
Antara kebaikan tanah liat putih ialah:
1. Digunakan Sebagai Lulur
Tanah liat putih mengandungi zat yang dapat menganjalkan kulit, menghilangkan kotoran dan mengecilkan pori-pori, membantu dalam pengelupasan sel-sel kulit mati dan mengurangi peradangan pada jerawat. Selain itu, ianya juga membantu mengeluarkan racun dan logam berbahaya dari dalam tubuh dengan cara berendam dengan air yang telah bercampur tanah liat selama 30 minit. Oleh itu, tanah liat putih mempunyai banyak kebaikannya sekiranya kita menggunakannya sebagai lulur.
2. Menjaga Kesihatan Pencernaan
Sifat tanah liat putih yang berbentuk seperti sponge mampu menyerap racun dalam tubuh. Racun seperti aflatoxin yang dapat mengganggu sistem kekebalan tubuh, mampu diserap oleh tanah liat putih. Bukan itu sahaja, tanah liat putih juga berfungsi untuk mencegah radang perut dan sembelit.
Mineral kaolin yang berwarna keputih-putihan yang terkandung di dalam tanah liat putih digunakan untuk pengubatan diarrhea. Selain itu juga, tanah liat putih dapat menyerap racun bakteria seperti parasit, acidosis, ion hydrogen, dan hormon steroid berlebihan dalam kehamilan.
Kredit: Spine Universe
3. Mengubati Osteoporosis
Osteoporosis ialah penyakit tulang yang menyebabkan tulang menjadi rapuh. Kandungan kalsium yang tinggi di dalam tanah liat putih membantu menjaga kesihatan tulang lebih-lebih lagi jika anda dapat mengamalkan kalsium yang terdapat pada tanah liat putih ini pasa usia yang muda. Penyakit osteoporosis ini juga dapat dielakkan di kemudian hari.
4. Penyembuhan Luka
Tanah liat putih mengandungi elemen zink dan zat besi yang berfungsi meringankan rasa sakit pada luka dan membantu dalam menyembuhkan serta menghilangkan bekas luka. Penyakit alergi pada kulit seperti ekzema, ruam-ruam, gatal-gatal juga dapat diubati dengan melumurkan tanah liat putih pada permukaan kulit yang bermasalah.
5. Menghilangkan Rasa Pahit pada Sayur
Antara kelebihan lain tanah liat putih ialah sebagai penghilang rasa pahit pada sayur-sayuran atau ulam-ulaman seperti pucuk betik selain menggunakan air garam ataupun daun jambu biji untuk menghilangkannya. Pucuk betik jika dimakan begitu saja akan terasa sangat pahit kerana ianya mengandungi alkaloid yang berupa papain.
Tanah liat putih memang amat bagus digunakan untuk tubuh badan kita, lebih-lebih lagi sekiranya anda menghadapi penyakit kulit. Penyakit kulit memang tidak dapat dinafikan akan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Ingin mencuba bedak Asmak yang mempunyai kandungan tanah liat putih kaolin, klik disini.
Kredit:
1. Azyma Care
2. Petua Penyakit Kulit