Skip to main content
search
0

Chicken pox adalah penyakit yang dikenali sebagai cacar air dalam bahasa melayu. Cacar air disebabkan jangkitan kali pertama virus varicella zoster kepada manusia yang berisiko. Kebiasaannya, golongan pada peringkat usia kanak-kanak, remaja dan awal dewasa lebih mudah mendapat cacar air daripada jangkitan itu. Virus varicella zoster boleh menjangkiti melalui sama ada sentuhan secara langsung kepada lepuh air yang pecah ataupun melalui cecair pernafasan. Simptom biasa cacar air adalah ruam pada tubuh.

Satu hingga dua hari sebelum ruam pada tubuh muncul, individu mengalami cacar air akan berasa lemah badan, sakit kepala, kurang selera makan dan demam. Ruam muncul di sekitar muka, dada dan belakang tubuh pada awal jangkitan. Ia juga boleh merebak ke seluruh tubuh termasuk dalam mulut, kelopak mata dan kawasan sulit. Ruam berubah menjadi lepuh berisi cecair yang menyebabkan rasa gatal. Lepuh akan pecah dan akhirnya mengering. Kebiasaannya, seminggu diperlukan untuk semua lepuh menjadi kering. Terdapat beberapa tips untuk hilangkan cacar air pada kanak-kanak.

1. Daun Semambu/Neem Leaf

tips hilangkan cacar air

Kredit: Siraplimau

Ambil segenggam daun semambu dan kisar sampai hancur. Lepas mandi nanti tampal pada blister atau luka-luka / bintik merah tu. Biarkan kering. Amalkan setiap hari. Satu lagi cara adalah ambil daun semambu dan masukan dalam tab mandi anak. Biar anak berendam dalam air suam serta daun semambu. Daun semambu memang mujarab untuk hilangkan kegatalan dan mempercepatkan proses pengeringan chicken pox.

Kalau rajin, boleh ambil daun-daun semambu untuk dibuat lapik tidur anak. Caranya, letakkan daun semambu dalam kain batik dan gunakan sebagai tempat lapik tidur anak. Mudah-mudahan anak akan lena sepanjang malam tanpa rasa gatal-gatal.

2. Air Kelapa

Untuk anak-anak yang berumur setahun ke atas, boleh bagi minum sedikit air kelapa. Air kelapa boleh membantu sejukkan badan. Selain itu, ia dipercayai dapat keluarkan bintik-bintik ruam chicken pox dalam badan dengan lebih cepat.

3.Pastikan Kuku Pendek

Pastikan kuku anak sentiasa pendek dan bersih. Sebab luka chicken pox memang gatal dan miang. Tambahan pula anak kecil memang cepat sangat tangan mereka ‘merayap’ nak menggaru. Untuk bayi bawah 1 tahun,pakai mitten / sarung tangan untuk elakan mereka menggaru bintik-bintik ruam chicken pox.

4.Pantang Makan

Kalau boleh, kita kawal pemakanan anak pada waktu-waktu begini. Paling penting, kurangkan makanan bergula sebab gula akan menurunkan tahap imunisasi anak. Lebihkan sayuran, makanan bersup, dan elakkan makanan yang menyebabkan miang / gatal / alahan. Contohnya seafood, ayam, telur, ikan masin / bilis.

5.Minum Air Yang Banyak

tips hilangkan cacar air

Kredit:sinarharian

Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas. Memang ‘wajib’ minum banyak air untuk elakkan dehidrasi. Dehidrasi boleh melambatkan proses metabolisme dalam badan.

6.Kurantin anak daripada pengasuh

Adalah lebih baik jika kita boleh kuarantinkan anak kita supaya dapat mengelakkan daripada chicken pox berjangkit. Sekiranya ada bayi kecil atau adik-beradik yang lain, seeloknya kita asingkan mereka sebab ia mudah berjangkit.

Cacar air atau ‘chickenpox’ antara jangkitan yang merisaukan ibu bapa sekiranya menjangkiti anak kecil. Kanak-kanak bukan saja kurang selesa dan sakit, malah lebih membimbangkan risiko penularan jangkitan cacar air daripada kanak-kanak lain yang mengalaminya. Oleh itu, pengetahuan pengesanan awal, pengurusan pesakit dan rawatan berkesan perlu diambil berat khususnya oleh ibu bapa.

Jika anda atau keluarga anda mengalami masalah ini,anda boleh cuba Bedak Asmak,klik di sini.

Kredit:

1.hmetro

2.thediagnosa

3.siraplimau

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu