Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak yang disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit mereka. Selain itu, demam campak juga dikenali sebagai measles iaitu satu penyakit berjangkit yang serius yang disebabkan oleh jangkitan virus Rubeola. Sebelum pengenalan vaksin campak pada tahun 1963, wabak ini tersebar dengan meluas dan tercetus sekitar setiap 2-3 tahun. Ia juga telah menyebabkan kira-kira 2.6 juta kematian setiap tahun.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), lebih daripada 140,000 individu telah mati akibat campak pada tahun 2018. Daripada jumlah itu, kanak-kanak di bawah umur 5 tahun adalah antara yang tertinggi. Di Malaysia, kes demam campak dilihat semakin berkurangan iaitu daripada 1,958 kes pada 2018 kepada 1,077 kes pada 2019. Ini jelas membuktikan bahawa program imunisasi kebangsaan yang telah dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah berkesan dalam mencegah penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui suntikan vaksin ini.
Seterusnya, penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan droplet cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal immun pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing dan penolakan vaksin. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.
Antara tanda-tanda utama yang sering berlaku selalunya megambil masa dalam 10 hingga ke 12 hari. Selepas dijangkiti penyakit ini, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti demam suhu yang tinggi. batuk, selesema dan sakit tekak, mata berair dan sensitif kepada cahaya, serta sakit otot. Tambahan lagi, dua atau tiga hari kemudian akan timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki. Seterusnya, ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.
Tambahan pula, komplikasi demam campak ini adalah boleh menyebabkan jangkitan yang serius pada semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kumpulan yang lebih cenderung mengalami komplikasi campak iaitu kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun, orang dewasa yang berumur lebih dari 30 tahun, wanita mengandung dan individu yang mempunyai sistem imun badan yang lemah seperti kanser atau HIV.
Antara 5 komplikasi yang boleh terjadi ialah hilang penglihatan, jangkitan kuman di otak, cirit-birit yang teruk, kurang hidrasi, jangkitan pada bahagian telinga serta jangkitan pada paru-paru. Selain itu, bagi wanita mengandung pula, demam campak boleh meningkat risiko untuk mendapat keguguran, bersalin sebelum tiba tarikh yang sepatutnya dan bayi kurang berat semasa lahir.
Akhir sekali, sekiranya anak anda terdedah kepada individu yang dijangkiti campak dan belum lagi menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor. Pemberian vaksin dalam jangka masa tertentu boleh mengelakkan anak anda daripada dijangkiti virus campak ini.
Jom tekan link di sini untuk membantu mengurangkan masalah demam campak ini.
Kredit: