Slipped disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc). Slipped disc juga merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah.
Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent). Sakit akut pada amnya terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung untuk lama, atau, apabila angkat sesuatu barang dari lantai (lebih lagi jika barang itu berat).
Slipped disc pada tulang belakang juga adalah salah satu diagnosa utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang. Sebab- sebab slipped disc di tulang belakang mungkin berpunca dari proses penuaan pada disk tulang belakang yang mengalami factor mekanikal, trauma, nutrient, and genetik.
Selasin itu, penyakit slip disc merupakan penyakit yang sangat berbahaya jika berada di tahap yang serius. Perkembangan penyakit harus diawasi dan pesakit haruslah berjaga-jaga dengan punca yang mencetuskan kesakitan atau kebas. Terdapat beberapa penyebab masalah ini. Antaranya ialah :
- Hal ini kerana penyakit slip disc selalunya berlaku kepada golongan usia lanjut kerana bahagian luaran yang melindung disc akan semakin haus dan mengakibatkan disc lebih mudah bergerak daripada tempat asalnya.
- Melakukan pergerakan dengan tiba-tiba. Hal ini kerana sesetengah pergerakan dan posisi badan yang dilakukan secara tiba-tiba atau dengan cara yang salah terutamanya pada usia yang tua akan membawa kepada masalah slip disc ini.
- Mengangkat objek yang berat.Hal ini juga turut boleh menyumbang kepada berlakunya penyakit slip disc ini. Dengan mengangkat objek berat ianya menyebabkan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang kita. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan disc bergerak keluar dari tempat asalnya sehingga mendatangkan sakit.
- Berat badan yang melampau.Apabila seseorang itu mempunyai berat badan yang melampau atau obesiti tulang belakang mereka tidak dapat menampung berat badan mereka yang melampau sekali gus menyebabkan golongan ini terdedah kepada kelemahan slip disc.
- Otot yang lemah.Individu yang tidak mengamalkan gaya hidup aktif atau senaman untuk menguatkan otot mereka berisiko tinggi untuk slip disc. Hal ini demikian kerana otot yang lemah tidak dapat membantu menyokong tulang belakang mereka dengan kukuh.
- Kehidupan yang tidak aktif. Keadaan ini selalunya merujuk kepada golongan yang berkerja di pejabat kerana hanya duduk berpanjangan tanpa sebarang pergerakan. Tabiat duduk sahaja tanpa melakukan sebarang aktiviti regangan badan memberikan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang bahagian bawah.
Antara rawatan bagi penyakit slip disc ini termasuk kaedah konservatif ke kaedah surgikal. Kaedah konservatif melibatkan pengambilan ubat untuk mengurangkan gejala yang dialami. Antara ubat yang diberikan ialah:
- Ubat tahan sakit. Ini boleh membantu pesakit untuk meredakan kesakitan yang mereka alami.
- ‘Muscle relaxants’.Ini akan dapat membantu melegakan kekejangan otot yang berlaku.
- Ubat saraf.Ini untuk melegakan sakit saraf yang terlampau teruk.
Selain itu, terdapat juga pilihan surgikal/pembedahan yang akan dilakukan apabila kaedah ubat-ubatan tidak dapat membantu. Antara pembedahan yang dilakukan ialah:
- ‘Mikrodiscetomy’. Ini merupakan kaedah dimana doktor hanya akan membedah keluar bahagian disc yang terkeluar dari tempat asalnya dan bukan keseluruhan disc tersebut.
- ‘Disc replacement’. Ini merupakan kaedah di mana keseluruhan disc tersebut akan dikeluarkan dan disc tiruan.
Penyakit slip disc boleh membahayakan nyawa jika tidak dirawat dengan segera. Rawatan slip disc memerlukan jangka waktu panjang. Sekiranya penyakit anda semakin teruk, segera dapatkan rawatan daripada doktor pakar.
Jika anda ingin mengurangkan sakit slipp disc, sila tekan link disini.
Kredit: