Skip to main content
search
0

Rambut kering menyebabkan kurangnya keyakinan diri sesorang untuk berhadapan dengan orang awam. Kerap mengubah gaya rambut, mewarnakannya atau mungkin kerap mandi di kolam renang atau bercuti di pantai adalah antara penyebab yang boleh menjadikan rambut rapuh dan rosak. Pendedahan kepada matahari, klorin, bahan kimia, air laut, haba yang berlebih adalah faktornya.

Apakah Punca Rambut Kering? Pelbagai punca yang menyebabkan rambut anda menjadi kering dan bermasalah. Antaranya, terdedah pada sinar matahari secara berlebihan. Kedua, kekurangan nutrisi dan kelembapan pada rambut.Tahukah anda? Rambut juga mempunyai nutrisi yang diperlukan? Sama seperti manusia jik nutrisi yang diberi tidak mencukupi iainya sama sekali tidak akan tumbuh ddengan cantik. Seterusnya, membasuh rambut secara kerap. Pastikan rambut anda dibasuh 2/3 kali sahaja dalam seminggu. Penggunaan shampoo yang berlebihan akan menyebabkan rambut anda kering & kusam. Tambahan pula, terdedah kepada air yang mengandungi klorin juga boleh menjadi puncanya kerana air yang digunakan mempunyai klorin yang tinggi. Contohnya seperti mandi di taman tema air. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan produk rambut yang tidak bersesuaian dengan rambut juga boleh mengakibatkan rambut  kering & kusam. Perlu diingatkan setiap individu mempunyai perbezaan masalah kepala jadi cari produk yang bersesuaian dengan anda. Akhir sekali, kerap menggunakan pengering rambut dan perubahan hormone serta diet pemakanan yang di ambil tidak seimbang.

Apakah cara untuk merawat rambut kering dan rosak? Pertama, Minyak. Menggunakan minyak panas boleh membantu untuk memberikan sinar kepada rambut yang kering. Antara minyak yang biasa digunakan adalah minyak zaitun, minyak kelapa, minyak badam, minyak jojoba dan minyak jagung. Kesemua minyak ini kaya dengan kandungan vitamin E, antioksidan dan membantu untuk menghalang lapisan luar rambut dari kekeringan.

Kedua, Vitamin. Salah satu cara untuk mengatasi masalah rambut kering adlah dengan mengambil vitamin. Vitamin A, vitamin C, biotin, zat besi dan mineral semuanya berperanan menjadikan rambut yang sihat. Ketiga, Cuci Rambut. Elakkan mencuci rambut terlalu kerap. Anda dapat melakukan ini seminggu sekali atau dua kali bukannya setiap hari. Walaupun membasuh rambut dapat memnbuang kotoran dari rambut, tetapi masa yang sama ia juga menyingkirkan sebum. Apa itu sebum? Sebum adalah minyak yang menjdikan rambut anda mudah dijaga dan jika ia dalam kuantiti yang betul, ia menjadikan rambut anda bersinar.

Keempat, Potong Rambut. Sekiranya rambut anda terlalu kering, anda mungkin mempertimbangkan untuk memotongnya. Ini membantu dalam penjagaan rambut anda nanti. Jika rambut anda pendek, anda boleh memotong di bahagian hujung rambut bercabang yang mungkin menjadi penyumbang kepada masalah rambut kering dan kasar. Kelima, Pemakanan. Menjaga pemakanan dengan pengambilan diet pemakanan yang sihat dan seimbang, termasuk pengambilan makanan yang mengandungi omega-3 dan antioksidan juga boleh membantu menjadikan rambut leih sihat dan bersinar. Contoh makanan yang boleh anda makan adalah salmon, ikan kembung, tuna dan sardin. Selain itu, beberapa makanan yang lain adalah tiram, beri biru, tomato, walnut, brokoli, kidney bean.

Rambut kering dan gugur yang berpanjangan boleh menjadi tanda masalah kesihatan. Di atas adalah antara punca dan cara mudah untuk membantu mengatasi masalah rambut kering. Jika masalah rambut anda masih berterusan, anda harus berunding dengan doktor untuk mendapatkan bantuan.

Sekiranya anda sedang mencari produk penjagaan rambut, klik link sini.

 

Sumber:

hello doktor

klikdokter

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu