Siapa sangka yang kanak-kanak juga mengalami masalah resdung. Sebelum ini anak kerap bersin, selesema, gosok hidung atau mata. Rupanya itu tanda-tanda seseorang mengalami penyakit resdung ini atau dikenali sebagai allergic rhinitis atau resdung. Ramai yang memandang mudah tentang penyakit ini walaupun ia boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya terutama kanak-kanak. Jika dibiar beralutan, ianya boleh membawa kepada penyakit sinusitis. Resdung juga banyak kaedah yang kita boleh amalkan untuk menghilangkan penyakit ini, antaranya rawat resdung di rumah.
Statistik menunjukkan resdung merupakan masalah kesihatan global. Kajian mendapati hampir 14% kanak-kanak sekolah menghidap asthma. Di kalangan penghidap asthma, hampir 80% daripada mereka turut menghidap resdung. Bayi atau kanak-kanak lebih mudah terkena alahan hidung memandangkan sistem imun mereka belum matang berbanding orang dewasa. Resdung biasa dipanggil sinusitis, meski sebetulnya terdapat perbezaan. Sinusitis adalah penyakit yang boleh menjangkiti semua orang pada segala umur. Punca utama dari kemunculan resdung yang paling umum ialah akibat jangkitan virus. Altefnatif mudah untuk semua orang boleh rawat resdung di rumah sahaja. Tidak banyak orang yang sedar mengalami resdung pada awalnya sebab memang tandanya pun hanya berupa masalah kecil.
Tahukah Anda dimana letak sinus? Sinus berada pada empat bahagian di dalam kerangka kepala manusia, iaitu di belakang dahi, di belakang mata, di kedua-dua sisi dari batang hidung, dan di belakang tulang pipi. Sinus bertugas mengawal suhu dan kelembapan udara yang masuk ke paru-paru dan membuka lubang pada hidung. Bila resdung belum terlalu parah, maka Anda boleh cuba kaedah rawatan resdung tradisional yang cukup berkesan untuk menangani penyakit ini. Namun bila resdung yang dialami sudah parah, maka disaranakan agar menjumpai dan berkeluh pada doktor pakar telinga, hidung, dan tekak (THT).
Berikut adalah cara merawat resdung di rumah :
- Tuam Muka Dengan Kain Lap
Panaskan air dan tunggu sebentar sehingga air sedikit suam. Kemudian, ambil kain lap dan perahkan kain tersebut. Selepas itu, perlahan-perlahan tuamkan muka anda dengan kain lap tersebut. Kaedah ini akan menyebabkan lendir di dalam saluran hidung cair dan mudah di keluarkan.
- Minum Banyak Air Mineral
Lendir pekat terjadi di sebabkan oleh zat dari minuman berperasa, sekaligus menyebabkan hidung mudah tersumbat. Oleh itu, minumlah air mineral dengan kuantiti yang banyak kerana ia boleh membantu untuk mendorong lendir supaya keluar melalui hidung.
- Hirup Wap Air Panas
Sama seperti cara pertama tadi. Panaskan dulu air sehingga mendidih. Kemudian, tuangkan air kedalam bekas/cawan. Letakkan bekas tersebut berdekatan dengan hidung sambil hidung anda menyedut wap air yang hangat itu. Latihan ini akan mencairkan lendir pekat yang tersumbat di hidung sekaligus memudahkan anda untuk menyingkirkan lendir tersebut.
- Amalkan Cuka Epal & Madu
Cuka epal dan madu mengandungi khasiatnya yang tersendiri. Campurkan 2 ke 3 sudu cuka epal, serta sesudu madu bersama dengan secawan air panas atau teh kosong panas. Cuba amalkan di dalam kehidupan seharian sekurang-kurangnya sehari sekali.
- Aloe Vera
Aloe Vera atau lebih di kenali sebagai lidah buaya oleh masyarakat Malaysia juga dapat membantu untuk menghilangkan resdung. Caranya adalah dengan menitiskan lendir atau gel Aloe Vera pada hidung. Untuk lebih efektif, amalkan meminum air rebusan Aloe Vera beberapa kali seminggu.
- Kunyit & Halia
Kunyit mempunyai sifat anti-radang secara semulajadi. Gabungan kunyit dan halia di dalam rebusan air atau teh dapat membantu anda untuk merawat resdung secara berkesan di rumah. Caranya mudah sahaja, hiris setengah inci kunyit dan halia. Kemudian, cincangkan bahan tersebut dan masukkan kedalam rebusan air panas atau teh bersukatan satu cawan.
Bersegeralah berjumpa dengan doktor jika mengalami resdung yang sangat kerap dan teruk. Takut jika di biarkan makin kelamaan makin teruk tahap resdung yang anda alami. Jika anda ingin mencari altefnatif lain, Asmak juga ada keluarkan produk resdung yang sesuai untuk peringkat awal kanak-kanak sehingga dewasa.
Kredit : Majalahpama