Skip to main content
search
0

Postur badan yang sihat amat penting bagi mengelakkan risiko untuk mengalami sakit otot dan sakit belakang. Ini termasuklah postur ketika kita sedang berdiri dan juga duduk. Penjagaan postur badan yang betul ini sama pentingnya dengan diet yang sihat dan juga senaman. Tetapi, apakah maksud sebenar postur badan? Postur badan bermaksud posisi badan ketika berdiri, duduk ataupun berbaring.

Oleh itu, kita perlulah melatih  diri untuk berdiri, duduk atau berbaring dengan cara yang betul supaya otot atau ligamen badan tidak terbeban demi mendapatkan poster badan yang sihat. disebabkan teknologi yang semakin berkembang, kita kini menghabiskan terlalu banyak masa dalam keadaan duduk. Lebih-lebih lagi ramai yang bekerja sepenuh masa di hadapan skrin komputer. Ini mengakibatkan sakit-sakit badan merupakan sesuatu yang biasa dan kerap dialami dalam kalangan pekerja-pekerja di pejabat.

Walaupun nampak remeh, ada satu perkara yang anda boleh lakukan untuk kesihatan yang lebih baik pada masa yang akan datang iaitu duduk dengan betul. Untuk mengelakkan kesan buruk akibat duduk dengan postur badan yang salah, anda perlulah ketahui cara duduk yang terbaik supaya anda tidak perlu membazirkan wang untuk rawatan pada masa hadapan.

Mengapa kita perlu duduk dengan cara yang betul?

Dengan mempraktikkan cara duduk yang betul, postur badan kita akan terjaga sekaligus tekanan ke atas kawasan otot dan juga ligamen dapat dibahagikan secara sama rata. Selain itu, ia juga dapat membantu mengekalkan bahagian badan di tempat yang betul dengan tekanan yang paling rendah. Postur badan yang baik membolehkan kita bekerja dalam masa yang lebih lama tanpa rasa sakit atau lenguh. Dengan ini, otot kita akan digunakan dengan lebih efisien. Sendi tulang belakang juga akan berada di tempat yang betul serta dapat mengelakkan sakit  belakang dan sakit otot. Seterusnya,  permukaan sendi seperti di kawasan lutut tidak menjadi haus untuk mengelakkan penyakit seperti arthritis.

6 Cara Duduk yang Betul

1. Pastikan belakang badan mempunyai sokongan

Sekiranya anda mempunyai wang lebih, tiada salahnya jika anda ingin berbelanja untuk tempat duduk ergonomik. Tempat duduk ini direka untuk menyokong badan dan mengurangkan tekanan pada tulang dan otot ketika anda sedang duduk. Namun, sekiranya anda tidak mempunyai tempat duduk ergonomik, tidak mengapa. Apa yang anda perlu lakukan adalah letakkan bantal kecil di belakang badan anda. Bantal ini dapat membantu anda mengekalkan postur duduk yang baik ketika bekerja. Walau bagaimanapun, jika ia terlalu besar, bantal ini mungkin akan menyebabkan sakit belakang yang lebih serius.

2. Betulkan kerusi supaya boleh duduk dengan betul

Betulkan ketinggian kerusi supaya kaki dan tangan anda boleh berada dalam keadaan yang lurus dan selesa jika kerusi anda boleh diselaraskan. Pastikan kaki anda menjejak lantai. Jika tidak, gunakan bangku atau bantal kecil untuk memastikan kaki anda terletak dengan baik. Selain itu, pastikan tangan anda berada dalam bentuk L. Elakkan bekerja dengan keadaan tangan yang terlalu jauh daripada badan untuk mengelakkan tekanan yang berlebihan pada otot di bahagian bahu.

3. Letakkan kaki di atas lantai

Tapak kaki anda sepatutnya terletak rata pada lantai. Tanggalkan kasut tumit tinggi anda jika anda perlu bekerja untuk tempoh masa yang lama. Selain itu, pastikan lutut anda boleh membengkok dalam keadaan 90 darjah. Jika tidak, anda perlu selaraskan kerusi ataupun cari kerusi lain yang lebih sesuai dengan ketinggian anda.

4. Pastikan skrin komputer sama paras dengan mata

Selaraskan pula skrin komputer anda dan pastikan ia berada sama paras dengan mata. Jika anda menggunakan komputer riba, tidak salah jika anda menghabiskan sedikit wang untuk membeli adjustable stand. Skrin komputer yang terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh menyebabkan leher anda sakit.

5. Pastikan tetikus dekat dengan badan

Gunakan tetikus atau mouse sedekat mungkin dengan badan untuk mengelakkan pergelangan tangan anda sakit. Selain itu, jika anda tidak menggunakan papan kekunci, ketepikannya buat seketika dan bawa tetikus dekat dengan badan anda.

6. Jangan lupa rehat secukupnya

Jika anda bekerja di hadapan komputer untuk jangka masa yang lama,  tukar postur badan anda sekerap mungkin.
Belakang badan dan otot anda perlu direhatkan dan pastikan anda tidak ‘overwork’. Duduk terlalu lama juga kurang baik untuk kesihatan anda. Sebaiknya, cuba berdiri dan lakukan regangan untuk elakkan diri anda daripada duduk terlalu lama.

Jika anda kerap rasa sakit badan, jangan sesekali lambat-lambatkan janji temu bersama doktor. Kadangkala, sakit belakang yang kronik boleh berlaku disebabkan penyakit yang dikenali dengan nama slipped disc. Oleh itu, sayangilah diri anda. Mulai hari ini, marilah kita cuba untuk duduk dengan betul dan mengamalkan postur badan yang sihat ketika bekerja.

Ingin mencuba produk Fresh ‘N’ Cool daripada Asmak bagi mengelakkan lenguh-lenguh badan? Klik sini. 

Kredit:
1. Hello Doktor

 

 

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu