Skip to main content
search
0

Kedatangan haid bagi wanita normal tidak semestinya dimulai dengan pendarahan, tetapi ia boleh menyebabkan sakit serta rasa tidak selesa di bahagian abdomen, rasa kembung perut dan sakit kepala bagi sesetengah wanita. Banyak fakta dan cara hilangkan senggugut yang boleh kita amalkan.

Selain rasa sakit di bahagian bawah perut, ramai wanita mengadu mengalami lenguh dan kesakitan pada bahagian belakang serta tengah pinggang. Ia sering kali menjadi keluhan kerana ia menganggu kerja-kerja seharian, dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau kerja.

Dismenorea adalah satu istilah perubatan yang merujuk kepada senggugut, iaitu kesakitan yang berkaitan dengan haid. Ia dibahagikan kepada dua jenis dismenorea, primer dan sekunder.

1.Dismenorea primer adalah kesakitan senggugut yang biasanya akan berulang kembali dan tidak disebabkan oleh penyakit atau masalah kesihatan lain. Ia adalah satu keadaan yang akan dilalui oleh hampir kesemua wanita yang kedatangan haid. Kesakitan ini biasanya bermula satu atau dua hari sebelum munculnya haid, atau ketika pendarahan haid bermula. Kesakitan ini akan dirasai di bahagian bawah abdomen, bahagian belakang badan atau paha.

2.Dismenorea sekunder adalah kesakitan senggugut yang berlaku apabila kekejangan haid disebabkan keadaan yang tidak diketahui atau tidak dapat dilihat seperti penyakit atau gangguan pada organ pembiakan wanita, seperti endometriosis, adenomyosis, fibroid rahim atau jangkitan,ketidakstabilan struktur atau alat kawalan kelahiran dalam rahim (intrauterine).

Ada beberapa kaedah yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut yang teruk antaranya:

  1. Diet

Bagi sesetengah wanita, diet juga memainkan peranan. Kurangkan atau elakkan makanan manis, berlemak, makanan berproses dan mengandungi kafein kerana ia boleh merangsang sakit senggugut. Antara makanan yang disarankan adalah kekacang, badan, tomato, lada benggala dan sayur berdaun hijau gelap

2.Air teh dan Air Suam

Air Suam mampu memberi kelegaan pada otot rahim yang kejang.Air suam juga membuang toksin dalam badan dan melancarkan peredaran darah manakala air teh juga bagus untuk melegakan kesakitan.

3.Halia

Halia juga dikatakan dapat membantu melegakan masalah senggugut khususnya sebelum haid. Jadi, masukkan lebih halia dalam masakan anda. Boleh juga minum teh halia yang disediakan sendiri.

4.Bertuam atau heating pad

Dengan tuaman panas,otot-otot yang sedang mengecut dengan keterlaluan akan menjadi relaks.

5.Senaman

Senaman Rutin mampu melegakan kesakitan senggugut.Ia kerana senaman berupaya untuk menghasilkan bahan kimia bernama endorphin.Endorphin mampu bertindak melegakan kesakitan dan tekanan emosi.

6. Vitamin,suplemen dan minyak ikan

Ambil vitamin B6 yang ada dalam ubi kentang,pisang,ikan dan ayam juga dikatakan mampu melegakan tekanan emosi,kembung perut dan senggugut.Kalsium dan magnesium pula dapat mengelak pengecutan keterlaluan pada dinding rahim.

Sekiranya anda kerap mengalami masalah senggugut yang teruk dan dah cuba pelbagai cara hilangkan senggugut masih tak berjaya, bagi yang ingin mencari alternatif lain yang mana anda boleh mencuba produk Madu Kurma Merah atau Minyak Herba Asmak, boleh klik di sini.

Kredit

1.theAsianparents

2.Hellodoktor

3.Hmetro

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu